kisahsidairy.com

Apa akan terjadi Jika??

Assalamualaikum
Alhamdulillah…dah nak hampir sebulan jugak kan kita berpuasa,tinggal minggu depan je kita berpuasa kan..
Macam mana persiapan raya korang…Alhamdulillah,kita bersederhana ye dalam menyambut perayaan Aidilfitri nanti..
Meh sini aku nak cerita kejadian yang berlaku pagi tadi,semasa dalam perjalanan ke tempat kerja..Dalam hati ni berdebar-debar,takut,semuanya ada…Macam-macam dok fikir apa akan terjadi jika benda tu berlaku tepat kena kat aku..
Subhanallah,Allah sentiasa akan menguji umatnya didalam saat-saat yang paling genting.Makcik aku selalu pesan,kalau bawak kenderaan tu,selain membaca doa naik kenderaan,bacalah surah an-nas tanpa henti.Insyallah,Allah akan selamatkan kita dari segala kejadian yang tidak diigini.
Masa nak pi kerja tadi,hujan lebat beserta dengan angin yang kuat,itu betul betul menakutkan aku,Perjalanan aku pulak melalui jalan yang dipenuhi pokok-pokok tepi jalan yang boleh dikatakan dah tua kerana banyak ranting-ranting dari pokok tu dah patah.Mulut nie tak henti-henti baca surah…
Tetiba ranting pokok tu jatuh betul-betul depan kereta,tapi nasib baik,ranting tu dah rapuh,jadi bila kena kereta ,ranting tu patah la…ngeri rasanya..Kalau la ranting tu keras atau jatuh betul-betul kena cermin..Aku tak taulah apa yang jadi pada aku.Dan nasib baik jugak aku takcepat  gelabah bawak kereta masa tu..Kalau aku jenis yang cepat menggelabah,mesti aku tak dapat nak kawal kereta .Tapi tu semua kerja Allah swt.Kalau dia nak mengkehendakki sesuatu terjadi,semua tu pasti akan  berlaku kan..bukanlah niat aku nak cakap besar..
Fuhhh…rasa baru sekarang jantung nie kembali normal…sampai juga di tempat kerja dengan keadaan yang selamat..alhamdulillah..
jumpa korang sat lagi na…nak sambung buat kerja nie pulak…

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *