kisahsidairy.com,  Sharing

CPU Rosak!!

Assalamualaikum
Pepagi isnin dah membusykan diri dengan kerja-kerja yang tertangguh..Dek kerana Boss tak datang kerja berhari-hari,kenalah bertangguh kerja-kerja tu..Apa taknya ,tinggal approval dari dia je untuk siapkan dokumen dan terus di Bindingkan..Dan bagi kat customer..Lepas tu baru lah boleh sambung nyanyi lagu raya..hehehe..
Kalau aku bagitau korang windows apa yang aku pakai dan berapa MB ram yang aku guna,mesti korang gelakkan aku..Sejak masuk department baru nie,AKu menggunakan PC yang menggunakan Windows XP..Kesiankan..Ram pulak tak sampai 1gb..Alahaiii..lagi kesian..Sebab tu banyak benda aku tak boleh nak kongsikan kat korang..Nak printscreen,lepas tu paste kat paint pun menjadi masalah  sebab windows xp nie menggunakan Paint yang jenis berabad lama tuh..Acane tu..Lepas tu kalau banyak dokumen yang aku bukak,confirm hang bagai nak rak…
Berserabut segala bagai wayar kat bawah nie…Dapat ler rileks kejap,sesambil layan pewsbuk…hehehe
Pagi tadi baru sibuk nak tambah Ram untuk computer aku ni..Tapi yang sedihnya masih lagi menggunakan windows xp..Lantak la…janji aku boleh buat kerja dan berblog..hahaha…
Tetiba,CPU aku tak boleh nak hidup..Hamekkk Ko!! baru lah kelam kelibut nak betulkan..ala…Takat HR je datang betulkan CPU aku ni..Kat Company aku bekerja nie takdenya department IT…Kalau ada masalah ape2,cuma panggil orang luar je..Godek punya godek,rupanya wayar besar PC aku ni yang dah rosak..
Jadi cuma tukar tu jerlah…
La nie,update ler satu dua entry untuk tatapan rakan-rakan yang sudi nak menyinggah…
Baru ingat nak join segmen kad raya blogger..tapi kerja banyak tergendala,.So,settlekan kerja dulu mana yang patut,senang sikit baru sambung blogwalking…

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *