kisahsidairy.com,  lagu raya,  salam ramadhan

Lagu Raya Dah Berkumandang

Assalamualaikum
Dah pun 10 hari berlalunya Ramadhan kan..Pejam celik pejam celik lagi 2 minggu lebih sikit je dah nak raya..Sebut pasal raya nie,memanglah bersemangat..Semangat nak buat segala persiapan bagai.Baik dari segi baju raya,langsih raya,kuih raya..Semua sekali la..Ada jugak yang tukar segala bagai bila nak beraya nie…Opppsss…Kena bersederhana ye…Jangan terlalu sangat…hehehe…sebagai peringatan untuk diri sendiri je..
gambar :google..(haruslah ada gambar dalam setiap entry..baru syok nak baca..betul tak)
Setakat ni pun,aku bersederhana sahaja…Cukupla untuk Nur awfiyah..Zaman kegemilangan beraya sakan dah habis bila kita dah berusia nie..Berusia ke?hehehe…Dah jadi ummi ngan babah ni,kira dah tua la kan..
Ni…satu lagi nak bagitahu kat korang…Special punya…Benda nie havoc sebelum masuk syawal je..Bila dah masuk syawal,memang dah tak heran dah pasal benda tu..
Apa benda tu yerk??? ala…tak suprise sebab tajuk je dah tau benda apa tu..banyak sangat benda nak letak..hehehe…
Of Course la LAGU RAYA..Lagu raya nie kita nak dengar masa bulan puasa je..Bila dah masuk raya,memang dah takde makna dah nak dengar lagi…Dah selamat pun beraya kan..
Nostalgia lagu raya nie banyak…Korang prefer lagu-lagu raya zaman dolu-dolu ke atau yang sekarang nie…Jawapan aku,aku lebih suka lagu raya zaman dolu-dolu…Dan yang paling aku suka bila dengar lagu raya nie adalah 3-4 buah lagu..
Tapi lagu yang evergreen sangat-sangat bagi aku adalah lagi nie..
Satu Hari Di Hari raya-M.Nasir
Suasana Riang Di Hari Raya-Junainah
Ku Pohon Restu Ayah Bonda-Mamat
Bila takbir bergema-Rafeah Buang
Dari Jauh Ku pohon Maaf-sudirman
Selamat Hari raya-saloma
Raya-Jalil Hamid
Kepulangan yang Dinanti-Aman Shah
Banyak lagi la yang ada kat dalam playlist aku nie..Memang dalam minggu ni,department ni dah meriah dengan lagu-lagu raya..Semangat betul diorang nie..
Cuma belum buat Deko-deko raya je lagi ni..selalunya dah buat persiapan dah…

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *