kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  PARENTING

Tiada lagi Jam penggera

Assalamualaikum
Selamat pagi isnin korang..Dah seminggu kita berpuasa kan..alhamdulillah..Nih aku nak story sikit pasal jam penggera atau korang panggil alarm..hehehe
Betul la kata orang,(bukan aku yang kata tau)bila dah ada anak nie,dah tak perlu nak pasang alam bagai nak rak untuk bangun pagi..secara automatik anak akan kejutkan kita bila bila masa sahaja.
Macam tu jugak nur awfiyah nie,hari-hari kejutkan ummi dia untuk bersahur.Alhamdulillah,tak pernah lagi terlepas lagi waktu bersahur..Seperti biasa setiap pagi Nur Awfiyah akan bangun pada pukul 4 pagi.Dia bangun pun sebab nak susu..Selalunya dia akan bangun 2 kali setiap malam untuk susu..Gigih ummi dia nie bangun.Kekadang tu pepagi buta dah ajak  ummi dia berbual..Terpaksa la ummi layankan je nak oiii!Bila dah puas berbual,dan minum susu,mulalah merengek nak tidur..Tidur pasti ada buaian..Ada petua tak nak suruh anak tido tanpa buai..heehe..Bila Nur awfiyah dan tidur,barulah ummi dia bersilat kat dapur lepas bersahur tu..Nasib baik masa kami bersahur dia tak merengek..Dok dengar dia menjerit je lah..Takde orang nak mengagah dia…
Bila dah ada anak nie,semua kerja kena buat dengan pantas.Waktu dia tidur tu lah waktu untuk kita mengemas itu ini,memasak dan buat lain-lain kerja.Satgi kalau dia dah bangun,memang tak menyempatnya nak buat tu semua..Dok melayan dia jer.
Sesambil taip entry pun boleh jugak jaga dia..
Oklah sambung nanti…tepek gambar satu Nur awfiyah yang sibuk nak berbual..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE