bazar ramadhan,  kisahsidairy.com

Tak Seperti Yang Di sangka

Assalamualaikum
Meh sini aku cerita sikit kat korang tentang apa yang aku beli kat bazar dan hasil dari pembelian itu..
Semuanya gara-gara terliur kat blog zaza tuari.Boleh baca entry zaza kat sini
.Teringin la kononnya nak cari benda tu kat bazar..Benda apa tu…Ni lah  benda nya .Kuih koci idaman kalbu..Memang dah terasa kat tekak nie nak makan.Dalam kepala otak nie,dah terfikir nak cari yang sedap-sedap..Nasib baiklah tak boleh nak try satu..Kalau tak takdelah dapat yang hampeh macam nie.Nasib baiklah beli singgit je..Tu pun last-last humban dalam tong sampah.


Kuih koci yang aku beli tu,beginilah hasilnya.Dengan lembik berair,inti kelapa tak berasa dan keras semacam je..Buatkan selera aku terbantut..Bukan nak pakat terliur kan korang..Ni entry sakit hati aku yang entah ke berapa kali agaknya.Korang mesti cakap,nak puas hati buat sendiri..Kalau ler aku nie ada masa dan pandai buat semua nie,takde lah aku terkial-kial berjalan kat bazar petang-petang nie.Bagi aku,biarlah apa yang dijual tu berdasarkan kepada kebersihan dan kepuashatian,Bukan sekadar nak mengaut keuntungan semata-mata…
Macam manalah si Azwan ali tak membebel pasal berniaga sampah..Yelah kekadang tu betul cakap dia.Kita bukan dapat makanan tu percuma,berbayar apa.so bila berbayar,kenalah puas hati..
Jadi aku mohoh kepada peniaga-peniaga kat bazar tu,jangan lah tangkap muat je untuk berniaga..Ikhlaskan diri dalam berniaga.Nak untung biarlah dengan cara yang betul.kalau dah 10 orang yang memaki hamun peniaga seperti ni,tak kemana mereka ni kat Dunia nie.
So please be aware…Takkanlah hanya kerana barang semua naik,quality makanan semakin menurun…Fikir-fikirkanlah..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE