INFO,  kisahsidairy.com,  Sharing,  Tips

Kelebihan kita Berpuasa Untuk Kesihatan

Assalamualaikum
Alhamdulillah…Dah masuk hari ke lima kita berpuasa..Macam terlalu cepat masa berlalu kan..Alhamdulillah,takat nie takde lagi tinggal puasa..Cuma tinggal terawih je..Sedia maklum la kan bila dah ada anak kecil nie.En.husband pun tahun nie tak dapat nak terawih jugak kerana kesihatan Dia..Insyallah,dah pulih kakinya nanti,berterawih la dia..Moga Disembuhkan penyakit yang datang kepadanya Insyallah..amin
sumber: google
Sebenarnya banyak kelebihan berpuasa yang kekadang kita lupa dan tak pernah ambil tahu..Tapi kalau ikutkan semua orang tahu akan kelebihannya..Mustahil orang tak tau akan kelebihan berpuasa.Cuma kita kekadang yang kurang nak ambil tahu tentang itu.Kalau kita tak taupun,zaman sekarang nie semuanya di hujung jari..Google apa saja yang kita nak tau,pasti dapat jawapannya kan..
Contohnya kelebihan berpuasa untuk kesihatan kita sendiri,Korang nak tau tak…hehehe…
  • Puasa nie memberikan kita kesegaran kepada fizikal dan mental kita sendiri.
  • Puasa jugak bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam darah manusia…Yelah,bila dah berpuasa,kurang lah kita makan makanan,yang tak elok untuk kesihatan dalaman kita kan..
  • Puasa akan memberikan kita kesegaran pada otot otot dan akan membuat kita lebih sihat,segar dan bertenaga..Aku bagi satu contoh yang paling mudah adalah otot mulut kita nie..kalau tak puasa,kita dok asyik mengunyah dan bercakap-cakap kan,jadi bila masanya otot-otot kat mulut kita ni nak berehat…hehehe…betul tak
  • Puasa juga akan memanjangkan umur korang…ha!!!!…hebat kan…so tak rugilah kita berpuasa…hehehe
  • Puasa akan membersihkan diri kita dari dosa dan noda…Cewah..tak menahan noda tu..Tapi betul la tu..Bila kita berpuasa,kita akan menjaga segala perlakuan diri kita terutamanya mulut yang selalu dok sibuk mengumpat orang sana sini tu.khen!!!!
  • Puasa juga membantu kita menghakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan kita ni ha!!Tak ler asyik masyuk je..Keluar tak jugak…adeh!!
  • Bila darah kita nie terlampau berasid,puasa adalah cara yang sangat baik untuk menurunkan PH dan menyebabkan darah kembali alkali.
  • Puasa boleh menurunkan darah tinggi..
  • Puasa boleh menurunkan berat badan..yang ni aku sangat setuju kalau kita betul jaga pemakanan dan pengambilan makanan ler..
  • Puasa boleh membersihkan segala kotoran dalam badan kita.
  • Puasa juga boleh mencerahkan pemandangan mata.yang ni korang fikirla sendiri
sumber :sini
Tips untuk sentiasa segar sehingga berbuka..
Kalau boleh jauhi pengambilan minuman berais kerana ais nie boleh melemahkan badan kita.Perbanyakkan minum air masak.
Bersahur hanya dengan Susu,kurma,kismis dan madu yang dah di blend...insyallah,akan rasa kenyang sepanjang hari…
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.