kisahsidairy.com,  RESEPI

Resepi Serawa Pulut Durian

Assalamualaikum
Resepi Serawa  Pulut Durian
sumber gambar : sini
Musim durian di mana-mana sekarang nie.Ingat lagi lagu Mr.OS tu tak…Oh doyan,tu…heehe….cer google lagu tu kalau nak dengar..So bila dah tetiba musim doyan nie,Keluarlah segala jenis resepi tentang Doyan ye..Doyan crepe,pulut Doyan..Dan yang nie..Serawa Pulut Doyan..hehe
Tetiba entry pasal resepi hari nie..hehe…Sebenarnya dah lama teringin nak buat Serawa Pulut Durian nie.Tapi masa sangat terbatas dengan adanya baby.Tapi lagi,nak jugak buat weekend nie.Punca aku nak buat adalah officemate ada bawak serawa durian,Dapat rasa sikit je sebab kongsi-kongsikan…
Tak boleh nak bedal sorang..Sebenarnya durian ni kalau makan gitu agak kureng sikit.Tapi bila dah buat serawa,memang tak boleh nak control tahap pemakanan aku.
Blogwalking tadi kat blog Yumida,pun dia tunjuk Durian jugak..So,semangat berkobar-kobar nak buat Serawa Durian tu makin menebal..pehlesss la…mengidam tak menghengat!!
Saja aku nak kongsikan resepi yang aku ambil dari blogger masakan untuk aku abadikan kat blog ni..Cara ni memudahkan aku untuk buat resepi tu.So,tak payah ler dok menggoogle blog lain…hehehe..blog sendiri dah ada…Khennn!!!
Bukan niat aku nak bagi korang terliur,tapi bila ada resepi,mestilah tunjuk makanan yang kena mengena dengan resepi tu khen!!!
Dah…dah..jangan melalut..meh la aku kongsikan resepi yang mudah untuk buat Serawa pulut Durian nie..
Bahan-bahan (Kuah)
 10 ulas Durian(ikut korang ler nak banyak mana)
 1 ketul gula melaka
4 sudu besar gula merah(kalau aku buat dlu,letak je gula merah)
1/4 cawan gula pasir(kalau taknak manis sangat,boleh kurangkan sikit gula tu ye)
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
2 cawan santan pekat(ni pun ikut korang nak pekat atau tak)
Cara-caranya nak buat kuah nie

Masukkan durian dalam periuk.Tak perlu korang leraikan isi dan biji ye
Masukkan 1 cawan santan,gula kabung,gula merah,gula pasir dan daun pandan.
Masak dengan api yang perlahan untuk seketika sehingga mendidih.
Kemudian masukkan lebihan santan tadi dan masukkan jugak garam.
Kacau sehingga sebati kesemuanya dan tunggu sehingga pekat sedikit..
Dah ready untuk di makan dengan pulut
Dan untuk buat pulutnya pulak, tak payah la aku nak bagi resepi kan…korang pun tau cara nak masak pulut..Macam masak nasi jugak,tapi nak kena tanak betul-betul..takut tak masak pulak ler..
Sumber resepi :sini


Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

32 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *