bazar ramadhan,  kisahsidairy.com

Menjadi Rutin Harian Ke Bazar Ramadhan

Assalamualaikum
Saja nak membebel petang-petang ni.Mengisi masa lapang saat menunggu jam terpacak 4.45 petang..
Siapa suka pergi bazar Ramadhan nie...Of course ada yang suka dan ada yang tak suka kan..Sebabnya..aku rasa korang mesti tau kenapa..
Rasa nak membebel petang-petang nie dengan harga makanan yang ada kat bazar Ramadhan tu..
Sebelum tu,aku nak bagitau kat korang kenapa rutin setiap hari aku adalah pergi ke Bazar Ramadhan tu
Kalau ikutkan hati nie,memag nak memasak je kerjanya..Sebab aku lagi puas hati memasak dari beli kat bazar tu..hasil dari memasak tu of course la buat suri rumah puas hati untuk diberi makan kepada anak-anak dan suami kan..Sejak MIL kat kampung nie,takdelah orang yang tolong masakkan untuk kami..hehehe..Dia memang rajin memasak.Sejak ada Nur awfiyah,kesempatan nak memasak tu selalu hilang melayang-layang dek melayan dia..Bila balik kerja,ambil Nur awfiyah dan terus balik rumah..Satu perangai Nur awfiyah ni,jenis tak betah duduk lelaama..Dia akan cepat bosan,jadi nak buat apa pun tak boleh..nak tunggu En.husband balik kerja dah pukul 6 petang..So takut tak sempat nak memasak,terpaksalah beli lauk di Bazar tu..Kekadang aku cuma beli 2 jenis lauk je..Kat rumah kalau sempat aku tambah la apa yang patut.
Walhalnya di Bazar Ramadhan ni,segelintir peniaga yang aku rasa cekik darah sesangat bila menentukan harga lauk yang aku ambil.Memang rasa sangat tak puas hati la bila beli tak menepati rasa dan quantity sehingga untuk 3 lauk je dah mencecah rm10..lauk yang aku ambil tu,tak sampai segenggam tangan ni ha!!
Mungkin la alasan diorang tu,harga makanan naik disebabkan barang naik harga..Tapi kami nie takde pulak naik gaji ikut harga barang..betuii tak..At least,jangan la terlalu nak demand harga lauk tu sampai tak mampu kami-kami ni nak beli..Kalau tak terpaksa,kami ni takkan beli lauk kat luar tau..Kan ke Bulan nie bulan buat amalan..Bersedekah sikit apalah salahnya…Untungya mungkin berlipat kali ganda..sorry kalau pandangan aku ni tak betul…itu apa yang aku rasa dan nak suarakan sebagai pembeli je..Buatnya lauk korang tu mahal sangat dan takde pembeli,kan ke satu pembaziran kalau tak habis…Takkan la nak sambung jual esok pulak kan..
emmm…hari nie ke bazar lagi…rasa takut nak masuk ke gerai-gerai jualan kat situ..redha jelah …
Oklah…till meet uols again tomorrow…saja nak luahkan isi perut nie…hehehe…Kita bercakap pasal isu makanan bukan pasal kita kedekut untuk makan,tapi fikir-fikirkanlah..dan selamat beramal..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *