bazar ramadhan,  kisahsidairy.com,  salam ramadhan

Berniaga Di Bazar Ramadhan

Assalamualaikum
Alhamdulillah..Dah hari kedua kita berpuasa…Insyallah..Semalam berbuka puasa beramai-ramai di kampung..memang menyeronokkan..Rasa taknak balik je..hehehe…Tapi terpaksa jugak balik malam tu.Memang malam tadi,banyak kenderaan,mybe sebab mereka pun pulang ke kampung untuk berbuka bersama keluarga kan
Ada yang start bercuti puasa ke..ehehehe…tu jawab dalam hati je eh!! nanti korang segan pulak,especially bagi wanita la kan…
Oklah,nak bercerita pasal perniagaan yang kami buat tiap-tiap tahun di Bazar Ramadhan tempat aku nie.Tempat aku nie merujuk kepada kampung aku la yer..
Selalunya berniaga minuman,tetapi kali nie berubah arah pulak.Berubah menu pulak la kan..
Oklah menu kali nie adalah menu yang sama tahun lepas iaitu BuBur Kemboja..Aku pernah bagi resepi nie kat dalam blog ni.Korang nak,boleh terjah entry tu ye..Menu wajib tahun ni adalah Rangka Ayam Panggang Dan ayam salad..Aku tak sempat nak amik gambar semalam sebab busy memasak kat rumah..
So,dekat tempat aku nie,kurang lah orang berniaga ayam panggang nie..Just family kami je yang jual..Alhamdulillah,habis semua jualan,cuma Bubur Kemboja tu je yang tak berapa nak habis.
Ni masa awal preparation..hehehe..saje nak tangkap gambar tu kan..
Memang best berniaga nie kalau apa yang kita jual tu mendapat sambutan..Bestnya bila berbuka di tempat berniaga,kita dapat banyak makanan dari penjual-penjual yang lain..Suka bila bertukar-tukar menu nie..memang dasar ler suka makan kan..hehe..Bila bulan puasa nie,mata jadi rambang bila tengok makanan,rasa semua nak dibeli..tapi jangan terlalu ikut nafsu ye..kang dah berbuka,sendat pulak perut tu nak makan semua..
p/s:Moga En.husband diberikan kesihatan yang baik di bulan yang mulia ni,masih tak dapat nak mengubati penyakit goutnya tu.Kot la korang ada petua boleh kongsi dengan aku tak..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *