kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  PARENTING

Minggu Yang Menyedihkan

Assalamualaikum
Dah dua hari tinggalkan blog tanpa entri..Tak sempat nak autopublish satu pun entry semasa ketiadaan aku dua hari nie.Ini juga meyebabkan jumlah pageview semakin merundum…Korang tak ingat aku eh!!..
google
Start dari isnin tuari bercuti sebab bawa en.husband ke klinik.Tak taulah ape kena dengan kaki en.husband sampai tak boleh nak berjalan..mengikut kata doktor,sakit kaki en,husband boleh meyebabkan gaut dan juga kencing manis..Kat situ dah risau tahap gaban..risau dan tak keruan rasanya..
Petang selasa pulak dapat berita kematian pakcik di Melaka..Memang tak sempat nak menatap wajah terakhir arwah disebabkan aku tak boleh nak kemana-mana..Syukur masa arwah sakit,MIL sempat la menziarah arwah..Jadi taklah terkilan sangat masa arwah pergi..Mengikut kata mereka Arwah meninggal disebabkan kolestrol terlalu tinggi sehingga darah tidak boleh di pam.disebabkan itu jugak arwah terpaksa di operate bagi mengeluarkan darah yang membeku di bahagian kepalanya..
Dapat berita pun dah lambat masa hari selasa tu..Jadi lepas balik kerja,terus bertolak ke Melaka..memang tak sempat pun nak tengok arwah dikuburkan sebab selepas asar arwah dikuburkan…
Jadi kalau kami rushing balik pun,xkan sempat nak berjumpa dengan jenazah..Biarlah dia pergi dengan tenang..Dan pada masa yang sama,kaki en.husband sakit,aku pun tak boleh nak drive sebab kena pegang Nur awfiyah..Nak tak nak,en.husband terpaksa jugaklah drive walaupun sakit kaki..
Satu-satu dugaan yang datang…Alhamdulillah…kami hadapi dengan tenang..Semalam pulak Nur awfiyah jatuh dari buaian..yang sedihnya besi spring terkena pada pipi nur awfiyah..Bila tengok keadaan anak macam tu,luluh hati ni,bila melihat darah mengalir di pipi walaupun taklah banyak mana.tapi aku tetap rasa bersalah..Maafkan Umie ye nak!!.Nasib baik rumah kampung..Rumah papan,dan bernasib baik jugak,buaian Nur awfiyah beralaskan bantal..Alhamdulillah…kalau tak,aku tak dapat bayangkan bagaimana keadaan dia..Mungkin keadaan kelam kabut masa tu..Etahlah..aku pun tak tau nak cerita macam mana..Tapi sehingga sekarang aku rasa sedikit down disebabkan hal semalam..Allahuakbar..
Sempat pergi mintakkan air untuk Nur awfiyah sebab takut dia terkejut..Alhamdulillah…mudah-mudahan..hari ni aku memulakan tugas dengan tenang…Insyallah..amin

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *