lifestyle blogger,  nur awfiyah,  PARENTING

Nur Awfiyah Dah Ada Stroller

Assalamualaikum
Alhamdulillah…Nur awfiyah dah ada stroller sekarang nie..Stroller nie kepunyaan makcik Nur awfiyah.Thanks Cik Fatin sebab bagi Nur awfiyah pakai Stroller nie
Kalau tengok harga pasaran,stroller jenis nie dalam harga rm400 hingga rm500 jugak..Disebabkan dulu anak pertama cik Fatin pun guna stroller ni dengan baik,Maka bila sampai kat Nur awfiyah pun dalam keadaan yang  baik jugak..Insyallah,akan dijaga dengan baik untuk kegunaan sepupu -sepupu akan datang.
Betul tak?? Kalau nak beli yang baru rasa rugi pulak…Sekarang nie misi nak mencari car seat pulak..Car seat nie kegunaannya bukan untuk beli saja-saja,tetapi memudahkan untuk aku meletakkan Nur awfiyah bila dihantar ke baby sitter..Kesian pulak hanya diletakkan di seat sebelah aku nie..Terpaksalah alas dengan toto dan bantal..baru nampak selesa..Ni boleh la baby sitter tak jauh lagi..Nanti dah pindah,dapat baby sitter yang jauh,payah jugak nak letak dia macam tu je..Kot la aku break kereta emergency,uiih….selilisih..

Lepas nie,setiap petang umie akan bawak awfiyah jalan-jalan kat luar,Ambil angin petang..Bagi dia tengok dunia luar…Baru lah boleh bawak Nur Awfiyah jenjalan pi shopping jugak..hehehe..

stroller/harga stroller
Abaikan background yang ada kat belakang tu ea..
Alhamdulillah..rezeki untuk Nur awfiyah sentiasa ada..Insyallah..Nak beri dia yang terbaik disamping mendidik dia menjadi insan yang berguna satu hari nanti…amin..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE