lifestyle blogger,  nur awfiyah,  PARENTING

Masuk Kerja Terlewat

Assalamualaikum
sumber: google
Salam Pagi Isnin korang..Isnin sudaaa…Tak terasa cuti satu hari semalam..Tak pergi ke mana-mana pun…
Just singgah rumah baru untuk perkembangan renovation rumah..Pagi ni rasa nak meluahkan perasaan sakit hati bila tukang buat rumah langusng tak habiskan kerja yang aku rasa lama dah tertangguh..
Duit dah bagi,Bila aku tanya bila nak siapkan,asyik tersengih dan jawab takde orang nak buat.
Nasib baik kawan,ada lagi rasa hormat taknak malukan dia bila asyik bertanya pasal rumah.Tapi disudut lain,aku dah upah untuk buat kerja-kerja renovation tu,patutnya bila dah bersetuju untuk ambil job tu,kenalah laksanakan dengan betul..Entah la…en.Husband pun dah malas nak tanye banyak-banyak..Kang lain pulak jadinya.Nak lupakan soal tu buat seketika…
Dulu,masuk kerja tak pernah lebih dari 7.45 pagi,Tapi bila dah ada nur awfiyah nie,lambat sikit ke tempat kerja.Terpaksa la jugak meredah jammed yang makin teruk tu..
Kesian pulak nak hantar Omel aku tu pepagi buta..Memang kebiasaanya Omel aku akan bangun pukul 4 pagi dan tidur balik dalam pukul 7 pagi atau 6 pagi..Then masa tu memang dia nak aku melayan dia..Last-last umie dia memang tak boleh nak tidur..Sampai dah kurus den dibuatnya..Alhamdulillah..tak payah nak berdiet bagai..
sumber:google
Pukul 7.15 aku akan keluar dari rumah untuk hantar Omel aku nie,ke rumah pengasuh..Rumah pengasuh Omel aku ni tak lah jauh sangat..Tak sampai 2 minit pun rumahnya…Rumah abang aku memang satu jalan dengan rumah aku..So by pass je rumah dia…hehehe…Alhamdulillah..Puas aku pujuk akak ipar aku tu supaya dia dapat jaga Omel aku tu..
So bila dah hantar nur awfiyah,selalunya aku tunggu dulu dalam 10 minit.Nak suruh akak ipar aku settlekan anak-anak dia nak pi sekolah..hehe
So dalam 7.20 pagi barulah aku gerak ke tempat kerja..Emmm..biasalah,jammed tak hengat..7.50 baru sampai office..
Ok…dah nak start wat keje..Satgi boleh sambung blogwalking…walau tak cukup tidur,tapi aku tetap bertenaga..cewahhh..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *