Nagging

Bihun Jijik!!

Assalamualaikum
Rasa macam dah tak selamat dengan makanan yang dijual di pasaraya mahupun di kedai.
Yelah,bila makanan yang kita makan berhari-hari dicemarkan dengan perkara-perkara yang tidak munasabah dengan cara mereka menguruskan keluaran produk makanan yang sungguh menjijikkan.
Sebagai pengguna,ciri-ciri makanan yang selalu kita titikberatkan adalah kebersihan kan..Tapi bila dah semua tercemar dengan cara mereka yang seperti ini,Di mana letaknya kepercayaan kita untuk mencari sesuatu yang bersih dan suci kononnya tu
Aku cukup geram bila baca dan tengok gambar Kilang makanan yang kotor tu..Nama bukan main suci lagi..
Lately nie memang bab makanan diambil ringan oleh segelintir pengeluar yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
sumber 
sumber : mynewshub
Hadoii….Kalau la pekerja macam nie,subhanallah….Teruknya
kalau korang ada ternampak kilang kilang yang beroperasi macam nie,korang post je kat fb…Bila dah gebang kat FB,barulah mereka nie mengambil tindakan…betul tak..
Dan hari nie di Sinar Harian aku baca
KUALA LUMPUR – ‘Bihun Istimewa’ cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, hari ini.
Baguslah tutup..Sebagai pengguna yang selalu menggunakan barangan seperti ini,of courselah risau kot terguna produk-produk yang tak halal atau kurang kebersihan seperti ini..Lepas nie perlu berhati-hati bila mendapatkan sesuatu barangan makanan.Banyak aspek yang kita kena tengok..
Harap lepas nie pihak yang berwajib turun padang untuk mengenalpasti kilang yang beroperasi tanpa kebersihan seperti ini…
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE