kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  nur awfiyah,  PARENTING

Kami Ditinggalkan!!

Assalamualaikum
Bukan tak biasa ditinggalkan…huhu…Dah biasa umie ngan awfiyah tinggalkan babah.La ni babah pulak tinggalkan kami.
Semalam tengahari dapat perkhabaran adik MIL yang bongsu masuk Hospital kerana jantung.Kalau ikut hati memang nak ikut sekali babah balik kampung hantar Nenek.Tapi bila fikirkan aku baru cuti dan baru je start bekerja,memang tak elok la kan kalau nak bercuti sahaja.Lagipun kalau takat sehari semalam je nak balik Melaka,memang penat la.Takut Nur Awfiyah merengek kepenatan pulak.
Last decision,terpaksalah babah sorang je yang balik hantar Nenek balik ke kampung.Aku pulak terpaksa bermalam di rumah abang long yang dekat je dengan rumah kami..Nasib baik la Abg long aku tu satu jalan ke tempat kerja.Jadi takde masalah sangat untuk tumpang dia.Tinggallah Nur Awfiyah dengan Maklongnya aka babysitter nya mulai sekarang.
Kesian babah terpaksa drive sorang-sorang balik hari nie.Selalunya aku yang akan temankan dia sepanjang perjalanan.Sebab bila babah sorang drive dia akan mengantuk.Sedangkan dengan kami pun ngantuknya tak boleh nak handle…Apatah lagi sorang kan..
Harap dia occay sepanjang perjalanannya balik ke sini..Mood memang tengah risau sangat-sangat.
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE