Uncategorized

Balik seketika

Assalamualaikum
Baru up entry pasal rindukan Awfiyah pagi tadi..Rupa-rupanya awfiyah menangis tak henti-henti kat rumah.
Lepas pada up entry tu,tergerak pulak hati nie nak call MIL..Rupanya betul Nur awfiyah menangis..Ingatkan sekejap je tangisannya,rupanya melarat-larat kat MIL..
Nak tak nak terpaksa balik ke rumah ,risau jugak melarat teruk,payah pulak lain jadinya.Serba salah jugaklah sebenarnya nak mintak izin keluar,tapi takkan nak biarkan Nur Awfiyah menangis macam tu sekali…
Nasib baiklah HOD memahami.Dalam pukul 9.30 pagi aku dah gerak balik kerumah..Memang sampai kat rumah Nur Awfiyah tengah menangis teresak-esak..atau bahasa pasarnya dah selak menangis..
Dah puas pujuk,dibelai si awfiyah tu…Last-last dia tidur…Alhamdulillah…MIL memang kelam kabut sikit kalau Nur Awfiyah nangis..Biasalah orang Tua kan…
Jam 12 tengahari aku dah masuk kerja balik..Hari pertama kerja,takkan nak ponteng kan…Terpaksalah Husband balik petangya tengok-tengokkan dia pulak..
Bila tengok awfiyah macam tu,rasa sayang nak tinggalkan..Sedih pun ye..Tak pernah lagi mengalami perasaan macam tu sekali..
Dah fikir nak balik pulak nie…Lambat nya jam nie nak bergerak..4.45 petang terus nak cabut…

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *