Uncategorized

Akan Kembali Bekerja

Assalamualaikum
Macam orang baru lepas habis pantang je kekdahnya.Dah nak naik keje bermula bulan Jun nanti..
Macam pelik kan..Kalau korang ingat entry lepas,aku dah bagitu korang yang aku dah berhenti kerja..
sumber : google
haha..Tetiba je dah nak naik keje??Memang ada satu kes masa aku nak berhenti masa tu..Ingat memang dah taknak kerja..Tapi pemberhentian aku tu digantung tak bertali..
Biarlah kes nie menjadi rahsia..hahaha…ajer sengal je kan..Tapi kenaikkan aku nanti,terpaksa dah berpindah department.
Kalau dulu aku Asisstant Supervisor untuk Store Department,sekarang nie dah jadi pulak QA/QC Asisstant..Entah pape jelah…Biasalah diorang nie,sesuka hati nak pindah-pindah…
Redha je lah!!
sumber :google
Misi untuk mencari babysitter pulak..Kalau ikutkan memang kakak ipar aku yang nak jaga Nur Awfiyah,tapi disebabkan school break nanti dia nak balik ke Kelantan,terpaksalah mencari babysitter sementara yang lain.
Nak diletakkan dekat taska tu rasa Seriau jugak…
Tapi aku akan terus mencari dikawasan yang berdekatan dengan rumah aku jugak..Risau jauh-jauh…
Mesti aku akan rindukan Nur Awfiyah bila dah bekerja lagi..Kalau takde orang nak jaga masa 2 minggu tu,terpaksalah aku hantar balik kampung buat sementara waktu..Oh No!!!lagi la tak boleh jumpa hari-hari..
Dah jadi ibu nie,Lain macam sikit perasaannya nie.
Berhutang untuk blogwalking ke segmen2 yang aku join..Lately nie memang banyak join segmen dan GA..Seronok tau kalau dapat hadiah…hehehe..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *