renovation

Rumah Kena Pecah Masuk

Assalamualaikum
Sesungguhnya kami redha jika bukan itu rezeki kami.Sebenarnya dah 3 hari juga aku tak update pasal ni.
Kalau korang mengikuti perkembangan diri aku ni, pasti korang tau yang aku sekarang ni tengah buat renovation rumah.
Tak taulah pulak bila rumah aku tu dipecah masuk, tapi yang pastinya pencuri tu masuk malam malam buta.Sebab ikutkan hari hari en.husband meninjau, keadaan rumah.
Pagi masa tukang rumah nak beli mosaic untuk rumah tu, dia perasan yang yang barang barang dia hilang.Habislah segala jenis mesin di rembat si pencuri tu.
Kipas dapur dan juga sinki yang baru aku beli pun lesap sekali.Anggaran yang hilang untuk sinki dan kipas dapur tu adalah dalam rm400.Tu belum masuk mesin tukang buat rumah tu.
Tapi bernasib baik si tukang buat rumah nak tanggung segala kos kerugian aku tu.Yelah, ada salahnya tukang buat rumah tu kerana kecuaian dan lambat melakukan tugas tugas yang diberikan.
Separuh dari upah aku dah bagi kat dia, tapi rumah still lagi belum 70% siap.Nak membebel banyak banyak kang  lari pulak…
Nak buat macam mana, dah nak jadi..terpaksalah terima.Harap lepas ni ada lagi rezeki untuk kami.

Senang je kan mereka cari duit…moga allah memberikan petunjuk kepada pencuri pencuri ni..buka mata bagaimana susahnya kami ni nak dapatkan sesuatu..
Oklah..dan nak bawak Nur Awfiyah ke klinik…
Nanti sambung lagi..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE