nur awfiyah,  PARENTING

Bawa Nur Awfiyah ke Unit Audiologi

Assalamualaikum
Semalam bila tak sempat nak update tentang Afiyah , banyak jugaklah cerita yang nak diceritakan.
Semalam Awfiyah ada appointment dengan doktor di Hospital Aminah Johor Bahru.
Awfiyah kena check sound pendengarannya.Doktor kata kena buat bagi memastikan Awfiyah takde masalah tentang pendengaran.alhamdulillah..semua settle.Awfiyah xde masalah tentang tu.Lepas pada balik dari hospital, terus settlekan hal surat beranak Awfiyah dan sedikit dokumen yang kena buat untuk proses yang aku sebutkan dulu.
Lepas settle semua, sempat jugaklah berehat dekat rumah mak di kota Tinggi.
Petang tu jugak dah balik ke Pasir Gudang.Mak aku pun dah pesan, bila bawak budak kecil ni, jangan balik malam malM buta..tak bagus..Itu aku kena akur..Memang betulkan, kadang kadang pantang larang orang tua tua ni kita tak boleh abaikan.Apa yang mereka cakap tu, ada kebenarannya tersendiri.
Esok Awfiyah kena bawak pi klinik lagi, Harap harap biarlah lepas ni dia dah xde lagi rawatan susulan.kesian pulak tengok bila setiap kali pergi, xpernah missed ambil darah.

Sesambil Awfiyah tidur ni, boleh la buat apa yang patut.sekejap lagi dah kena buat susu untuk fiyah.sekarang nie dah kerap menyusu, muka pun dah semakin tembam aku tengok…yang penting aku happy bila ada dia…sejuta rahmat untuk aku dikurniakan dia dalam hidup..insyallah..mudah mudahan..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE