Uncategorized

Percutian ke Langkawi -Part 3

Assalamualaikum
Heh!! masih terhegeh-hegeh nak buat part 3.Bukannya apa,akibat kesibukkan melanda,terpaksa on hold dulu aktiviti men”draft” entri percutian nie.
Kesibukkan nie bukan disengajakan occay...hehe..Preparation untuk membuka sebuah kedai masih dijalankan..Nak topup barang ke dalam kedai dan mencari pelbagai material dari supplier.AMAT menyusahkan…Huh!! baru aku tau,nak bukak kedai bukannya senang..
Oppss..tu nanti aku cerita..Nie aku ceritakan pulak kisah percutian aku tu ye.
Occay...Hari kedua di Langkawi..Masa untuk pusing-pusing di seluruh tempat-tempat menarik di Langkawi.
Walaupun tak banyak tempat aku lawati,tapi aku masih berpuas hati..Cumanya tak sempat la nak snap gambar terlalu banyak kan..

langkawi
Dah keluar dari bilik hotel tepat pukul 8 pagi..Dan menjamu selera di Hotel ni jugak..Juadahnya biasa-biasa je bagi aku…Takde yang menarik..Meehoon goreng,Keatiew goreng,dan jugak roti bakar,..Itu sahaja,..
Nampak tak breakfast yang biasa-biasa je..hehehe.
Sempat lagi bersnap bagai kan..tak kisah la..janji happy
Lepas breakfast,kami tunggu di Lobi hotel tu.Sementara nak tunggu bus yang membawa kami nie melawat di sekitar sempat bersnap lagi…Glamour jap Helang tu..
Tempat pertama kami pergi adalah Menaiki Bot untuk meninjau Pulau-pulau Di Langkawi.Aku memang sangat teruja naik bot nie coz 1st time naik..Gila!!..rasa macam nak terjun je..Tamo naik bot..menggigil kaki aku masa nak naik bot..aku peluk sape2 je yang ada kat sebelah aku nie..Of course la my mom..masa driver nie bawak laju,rasa macam nak jerit sruh bawak pelan-pelan..ajer giler kena darah tinggi nanti..tempat yang pertama aku pergi adalah tempat melihat ikan-ikan yang menarik perhatian aku…yang paling menarik bila ada seekor pari yang bernama Timah tak salah aku..hehehe…Sempat jugaklah aku merasa ikan hidup…ngerri iolss…heheh
#vym2014-langkawi
Tempat kedualah ialah tempat helang tu terbang2…mak aiii..besar sungguh Helang-helang kat situ…Bernasib baik la sebab dapat tengok banyak Helang yang berterbangan di situ kutip makanan…
Tempat yang ketiga pulak adalah gua kelawar…Kalau masuk tempat ni kena senyap..Golap!!kena pakai lampu picit…Tetiba terkejut tengok ribuan kelawar atas kepala…aiyyakkk…takut sangat,….dah macam cerita Misteri nusantara pulak..Bau dan jugak keselesaan sungguh la out..hadoii….
Lepas dah meninjau-ninjau pulau yang ada di Langkawi.Masa untuk bersiar-siar tamat
So sempatlah mengabadikan gambar kami sekeluarga..hehe
Lepas tu kitorang pergi ke Galeria perdana
Langkawi
Sedikit koleksi gambar dari aku dan pakcik google

oklah takat nie dulu…next entry pulak…bz skit hari nie.tak sempat nak blogwalking sangat..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *