Nagging

Nak tahu Jalan Rupanya

Assalamualaikum
Selamat pagi isnin semua..Sebelum memulakan kerja,jom sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk kedua ibu bapa kita..Moga kita mendapat berkat dari segala apa jua yang kita terima hari ni,Insyallah
Al-fatihah
Amin..
Nak cerita pasal semalam nie,semalam pi ronda-ronda rumah baru dengan MIL,bila dalam ondway balik,disatu simpang yg ada traffic light.tetiba ada kereta yang dipandu oleh Chinese,dok bgi isyarat sruh aku bukak cermin kereta.Kereta tu bersebalahan dengan MIL.Mula-mula niat hati nak bukak jugak cemin tingkap tu.Tetapi bila fikirkan perkara yang terjadi seperti kes samun di Highway dan traffic light,aku just diamkan diri and pandang depan je..MIL aku dah risau jugak masa tu.Takut la jadi apa-apa walau pun ada mat-mat motor kat situ..Jantung memang dah dup dap dup dap la kekdahnya..
Aku jeling lagi kat mamat Chinese tu,dia masih lagi buat bahasa isyarat suruh aku turunkan cermin kereta..Aku buat tak tahu dan pesan kat MIL supaya pandang depan..Sempat jugak aku tekan lock pintu kereta aku ni.
Mamat chinese tu bosan gaknya,terus dia kedepan sikit,then aku nampak dia bercakap-cakap dengan sorang mamat motor.Aku tengok mamat motor tu,buat isyarat tangan merujuk kepada jalan..Haha…dah aku tergelak sesambey bercakap dengan MIL.Agak-agaknya dia nak tau jalan tak…Very sorry la ye kat mamat chinese tu,kami nie perempuan,so,menjaga keselamatan tu penting.Kami nie takut la kalau-kalau uols buat benda yang menakutkan kami
Tapi,aku rasa apa yang aku buat tu betul,kena fikir jugak kemungkinan yang akan berlaku,kan…Kotnya dia buat tak tentu,naya lah kami nie dalam kereta.
pendapat Korang pulak macam mana?kalau korang dalam situasi aku??

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *