Uncategorized

Percutian Ke Langkawi-Part 1

Assalamualaikum
Selamat hari sabtu!!!…Ramai ke yang bekerja hari ni..Boleh la teman aku ni…hehehe..
Dah dekat 2 minggu jugak aku perapkan gambar-gambar percutian aku ni.Bukan banyak sangat gambar aku tu,
Tercari-cari gambar yang sesuai untuk aku post kat dalam entry ni…hehehe…maklumlah…kena tapis jugak gambar-gambar tu..malu iolsssss…hehehe
Oklah...Percutian nie memang rancangan dari emak aku..Dia belanja anak-anak dia pergi Langkawi..mula-mula tu memang taknak kan…segan la orang tua pulak belanja kita..hehehe..Tapi bila dok ajak hari-hari,aku pergilah jugak..Sebenarnya rombongan nie bukanlah dikalangan ahli keluarga aku je..Boss emak aku yang buat,so bila dapat peluang macam nie,emak pun ajaklah anak-anak dia..
Separuh dari dalam bus tu adalah dikalangan keluarga kami..hahaha…
Mak belanja pun sebab dapat duit EPF dia…Alahai mak aku ni..kenapalah baik hati sangat..hehe
Tak semua adik beradik aku yang dapat join,En,husband aku pun tak ikut masa pi Langkawi hari tu..
Aku bertolak ke Langkawi pada malam Ahad.Aku just bawak backpack je..maklumlah.takde lagi nak bawak beg tangan dua tiga orang..korang faham pasal beg tangan tu.Maksudnya anak-anak la..
Banyak juga tempat perhentian yang kami singgah sepanjang perjalanan ke Langkawi tu.Dalam bus memang tak boleh nak tidur.Sebab dah lama jugak aku tak berjalan jauh.Dah terasa sakit badan duduk dalam bus.Nasib baik duduk dengan ahli keluarga sendiri,taklah sesak sangat…
Sampai Di RNR machap sempat jugaklah kami bergambar sakan…ni antara gambar-gambar yang aku dah random check untuk masukkan dalam blog nie..hehehe..banyak sangat..pening nak pilih,
Lupa nak bagitau,kos untuk perjalanan,Feri dan Penginapan aku dan keluarga dah termasuk dalam pakej yang mak aku bayar..Seorang RM280.Semua sekali RM3000 untuk 3 hari 2 malam kami di Langkawi.
Ni antara ahli keluarga aku yang ada masa kami turun minum/makan kat RNR
Ada lagi yang tak turun sebab ngantuk..Ambil masa yang lama jugak nak ke Langkawi..
ok…habis part 1 perjalanan pertama kami…Tunggu next entry pulak ye..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *