tazkirah jumaat

Kelebihan Membaca Surah Kahfi Pada Malam atau Hari Jumaat

Assalamualaikum
Sama-sama kita membaca Surah Al-kahfi  Di pagi Jumaat yang mulia ini.

Kelebihan Membaca Surah Kahfi Pada Malam atau Hari Jumaat

1) Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Kaabah) 
Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim) 
Baitullah juga dikenali sebagai Baitil Atiq iaitu rumah yang sentiasa merdeka dari segala kezaliman. Tanah Haram juga tidak boleh dikuasai raja yang zalim dan haram disakiti manusia semasa mereka berada disana.
Baqarah[97]…….dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia
2) dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.
3) memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Mardawaih)
4) Terjaga dari fitnah Dajjal
Daripada Ali bin Abi Thalib:”Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai lapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”
sumber :sini

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *