Uncategorized

Peniaga Cekik Darah!!

Assalamualaikum
google
Kemarahan aku nie bukan lah untuk semua peniaga makanan Nasi campur..Tertumpu kepada peniaga-peniaga yang tertentu sahaja.
Lunch tadi terpaksa pergi  ketempat lain kerana,kedai makan yang selalu kami pergi tu dah 2 hari tutup.
Sebab kenapa kami selalu pergi ke kedai makanan tu setiap hari kerana kat situ murah..dan kami anggap macam kantin kami dah.
Warung Kaktie memang tempat yang selalu kami makan masa lunch.Di samping menu makanan yang murah,disediakan juga,pemanis mulut seperti Bubur kacang,pengat pisang dan jagung serta air minuman free..(air orange @ tea sahaja)Murah rezeki kak Tie.Makan kat situ paling mahal pun RM7..Itupun dengan pelbagai jenis lauk yang kami ambil..lebih dari 3 atau 4 jenis lauk termasuk minuman.
google
Bila dah 2 hari tutup,terpaksalah pergi ketempat lain pula..Risau jugak la,kalau kat tempat lain,mau nya kena ketuk sampai rm10..Nak taknak,takde pilihan lain terpaksa jugak makan kat area-area situ jugak.
Hari ni terkena lagi kami..Aku ambil sotong,telur dan sayur dlam kuantiti yang sedikit serta minuman teh o limau.TB pulak ambil ayam,terung dan seketul kentang serta ais kosong..Aku pun masih tak faham pengiraan makanan campur nie..Adakah sama harga pengambilan banyak atau  sikit…???
Makanan aku Rm8 dan TB RM7…masyallah…memang makanan mahal tahap melampau aku rasa..Baik lah aku makan Mcdonalds atau KFC atau Marrybrown..Puas hati la jugak..
Lainlah kami ambil pelbagai jenis lauk dan dalam kuantiti yang banyak…Boleh la kalau nak kira mahal..Entahlah.Bukan masalah kedekut nak keluar duit untuk makan..Tapi kalau dah hari-hari macam nie boleh bankrup lah..
Ke aku je yang rasa mahal..Korang rasa????

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *