tazkirah jumaat,  Uncategorized

Nilai Sebenar Seorang Isteri

Assalamualaikum
Untuk renungan bersama,aku kongsikan sedikit pembacaan di wall facebook aku pagi tadi..
Seorang PENCERAMAH mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta seorang datang ke depan.
PENCERAMAH : Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda
lelaki tersebut menuliskan 10 nama,ada nama jiran,orang tua,teman kerja,sahabat anak dan juga isterinya serta seterusnya.
PENCERAMAH :Sekarang sila pilih 7 diantaranya anda ingin hidup terus bersamanya
Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.
PENCERAMAH : Sekarang hapuskan 2 nama lagi,sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut
PENCERAMAH : Hapus 2 nama lagi..
Maka tinggal 3 nama iaitu nama orang tua,anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening,mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.
Tiba-tiba PENCERAMAH berkata : Silakan padam 1 nama lagi!
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.
PENCERAMAH :  Silakan pilih 1 nama lagi!
Lelaki tersebut menjadi bingung.kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus Nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
Setelah suasana tenang,
PENCERAMAH  itu bertanya dengan lelaki itu.”kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu,tidak juga memilih anak yang darah daging sendiri,sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?
Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.
Lalu lelaki itu menjawab :
“Seiring waktu berlalu,orang tua saya akan pergi meninggalkan saya,manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin,dan juga pasti akan meninggalkan saya.Sedangkan yang benar-benar menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya.Orang tua dan anak bukan saya yang memilih,tapi Tuhan menganugerahkannya.
Sedangkan ISTERI,sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada didunia ini”
Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita di atas.Sayangilah isteri-isteri anda
Begitu Tinggi nilai sebenar seorang isteri di mata suaminya..masyallah…Moga kita tergolong dari golongan isteri yang menghormati,menjaga maruah suami dan diredhai Allah..
sumber gambar : google
sumber artikel: FB

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *