Nagging

Parking Kereta Tidak Selamat

Assalamualaikum
Bila hari nie masuk kerja,macam macam cerita yang aku dengar..Tu baru sehari..Tapi kes nie kes yang aku rasa paling besar.Bila kena dekat korang pun,mesti korang menggelabah gila..
Apa korang akan buat bila Kereta korang yang elok parking tiba-tiba hilang,..mau terkejut beruk korang kan..
Itulah yang berlaku pada Staff di Company aku ni,semalam satu lagi kes yang berlaku kat company aku ni,kereta hilang lagi..Masuk nie rasa dah 3 atau 4 biji kereta yang dah hilang sejak company nie ditubuhkan..Ada juga motor yang hilang..
Yang peliknya company nie takde buat action ape2 pun pasal kes kehilangan tu.By the way,company aku nie hired foreigner untuk jadi pak guard..Pak guard pun asyik duduk je dalam reban dia tu..Apa pun tak boleh
sumber : google
Bila dah jadi kes seperti ini,of courselah nak kerja pun tak senang hati.Risau kan kereta punya pasal kan..
Terpaksalah ambil inisiatif sendiri untuk check sendiri keadaan kereta yang di parking kat luar tu..
Sakit hati bila guard tu dah nampak ada orang yang datang berhampiran kereta tu,tapi sibuk nak cari owner kereta punya pasal,last last buat buat lupa nak inform dengan management.Tak boleh pakai betul guard tu..
Dah buat report polis semalam,tapi macam xde benda yang diorang buat..Siasat atau ronda-ronda di sekitar nie pun takde..bab tu aku no komen la.Kang nanti dikatakan kerja diorang ,taulah diorang buat,walaupun rasa tak puas hati je..Dahlah ..tutup cerita pasal polis tu..
Company  aku ni lagi la sengal ubi,buat dono je bila kes macam nie terjadi,Tak pulak kena pada kereta management,nak tengok sejauh mana diorang akan buat pemantaun kes ini.
Lebih berhati hati sekarang nie,kereta tu dicuri di tempat parking kereta yang selalu aku Park..Staff yang kehilangan kereta tu,selalunya bawak motor je,entah kenapa tiba-tiba semalam bawak kereta pulak..Parking tempat aku selalu parking,sebab semalam aku tak datang kerja..kalau semalam aku datang kerja,..Tak dapat bayangkan macam mana kereta aku..huhu..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE