Nagging

Nenek kembali Ke Rahmatullah

Assalamualaikum

“Setiap yang Hidup Pasti akan Mati”

Setelah lama terlantar di wad,Akhirnya Tiah Bt Besah menghembuskan nafas terakhir semalam.
Walaupun aku tidak dapat hadir di pengebumiannya semalam,Moga segala urusan berjalan dengan lancar.
Semoga nenek aman disemadikan..Diampunkan segala dosa dan dipermudahkan urusan di sana nanti.
sumber : google
Cukup menghibakan bila melihat dia di ward tempohari..Alhamdulillah..sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir,banyak masa yang aku luangkan untuk dia sejak sejak dia sakit.Jadi tidaklah terkilan sangat pemergiannya..Dari arwah sakit menahan segalanya bila badan dah penuh dengan cucukan jarum..Korang faham-faham lah kan bila dah kat hospital.
Sebenarnya nenek dah berumur 82 tahun.Sakit orang tua.Alhamdulillah semalam dah selesai pengebumiannya selepas asar..Tapi sayangnya Ayah tak sempat nak tengok nenek buat kali terakhir,disebabkan ketika itu ayah bekerja..Arwah di semadikan di kampungnya di Segamat.

Moga Allah mencucuri rahmat keatas beliau.Ditempatkan dikalangan orang yang solehah.Walaupun aku tak berapa rapat dengan arwah nenek,tetapi pemergiannya di rasai..pelik ke perkataan tak berapa rapat tu…hehehe..bukan bergaduh ye..Tapi ayah aku yang sekarang nie adalah ayah tiri,Ibu berkahwin dengan ayah masa kami dah besar-besar..So perhubungan aku dengan nenek jauh sedikit la.

ok,,,till meet again for the next entry…

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE