Uncategorized

Review Product : Simple Kind To Skin

Assalamualaikum
Ini bukan review product tajaan occay..Ini review product yang aku amalkan sebulan yang lalu..
Perkara yang aku suka sangat tentang Product Simple ni adalah 100% Non Chemical.
Tak mengandungi apa apa bauan pun.
Bermulanya menggunakan Face Wash simple kind to skin nie masa aku pergi ke Negeri Sembilan bulan lepas.Of course aku terlupa nak bawa pencuci muka aku..Terpaksalah ke Guardian(itu je yang dekat).
Bila dah terlalu banyak sangat pencuci muka yang dijual,aku tak tau mana nak pilih..So,dah set kat dalam kepala nie nak cari yang natural punya pencuci muka dan non chemical..Sampailah aku terbaca di belakang pencuci muka Simple Kind to skin nie.
Aku ambil yang ni,sebab dia boleh control oily kat muka..Satu lagi dalamnya ada biji biji..tu yang aku suka.
Clear Skin Oil Balancing Exfoliating Wash
Lepas dah pakai sebulan,elok pulak sekali minum dengan Ephyra tu,aku dah tak rasa kulit muka aku boleh goreng telur..hahaha..Maksudnya dah tak oily gila-gila macam dulu la..
So,disebabkan sekarang nie dah bermacam produk yang dilistkan mengandungi chemical dan bahan terlarang,So aku decide nak tukar kepada produk yang non chemical seperti ini.
Semalam berkira-kira,masuk Guardian,ternampak set untuk product nie,terus aku beli.Harga set percubaan nie Rm19.90..So,aku fikir better cuba yang kecil je dulu..lagipun tak banyak sangat product Simple nie dijual kat sini..Product nie berasal dari UK ok…Bukan Ulu klang.
simple kind to skin
1.Facial Wash Gel(tak banyak sabun)
2.Toner
3.Light Moisturizing

simple kind to skin
Kalau korang rajin nak membaca apa yang terdapat  bahan bahan dalam Simple skin care nie 
boleh rujuk website mereka . http://simpleskincare.my/
So far aku pakai ok je. takde masalah kat kulit aku.Product nie pun sesuai untuk semua jenis kulit muka..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *