kisahsidairy.com

Berpantang Selepas keguguran..Perlu kah?

Assalamualaikum
Ada yang kata perlu…Dan ada juga kata tak perlu…Itu bergantung kepada kondisi badan masing masing kan..
Seperti yang aku baca,keguguran itu lebih serius dari kelahiran.Keguguran itu umpama buah yang gugur sebelum masak.dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat.
Angin gugur adalah angin yang menyerang selepas keguguran yang mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada masalah…
See…itu sebabnya perlu berpantang.Masa aku disahkan keguguran,takdelah rasa sakit kat mana-mana..Just masa tu pening pening kepala..Terus ajak en.husband ke klinik..Sebelum ke klinik tu pun instict kuat mengatakan baby dah takde…Yelah masa tu baru 3 bulan..Takde rasa pergerakkan lagi..Cuma orang yang mengandung je dapat rasa kehadiran baby dalam tummy kan..
sumber : google
Serius dalan hati,harapan untuk baby tu survive memang nipis sesangat,,,Bila scan,kantung baby dah tak cantik…heartbeat baby pun dah takde..Walaupun aku dah makan macam2 vitamin yg doktor bagi+ minum susu pun,still “anak aku Bukan Milik aku”…Terus Doktor swasta merujuk pada Hospital kerajaan.baru tau azabnya kena scan..kena cucuk…adoiii…Bab nie memang tak payah cerita la..Last2 doktor suruh balik berehat..Tunggu sampai baby keluar sendiri..Kalau boleh Doktor taknak D&C..sebab takut memudaratkan..
Esoknya perut memulas2..Dan dah nampak darah banyak keluar..Sampai aku pun tak tau mana satu darah,mana satu baby yang keluar…part tu dah pening sangat2…Duduk..rilekskan diri sambil menangis tak henti2..Trauma sekejap..Sampai petang,baru nampak Segumpal darah dan daging yang menyerupai baby..Dan itu aku pasti..baby keluar dah..
Petang tu jugak,Mak aku datang bawak balik kampung..bertungku sakan..Berpantang..Berstokin bagai.Memang betul2 macam berpantang.waduh..Masa tu masih bleeding lagi..Terhentak sikit dalam kereta pun darah dah banyak keluar..Gamat sih!!!
sumber :utusan
Selain bertungku,aku jugak berurut..Dan pada hari ketiga tulah,kantung baby keluar sekali dengan darah yang banyak…Bleeding cukup 5 hari…walau pun tak banyak tapi khuatir jugak..At last…Dalam masa seminggu bleeding dah stop..Dan baru nak kumpul energy balik..Tu yang cuti sampai 2 minggu .
Omaiii..Panjang sungguh cerita aku ni..Ada ke orang nk baca,…hehehe…yang penting kepentingan berpantang amat2 lah perlu untuk diri sendiri.Harap ada peluang lagi lepas nie..Insyallah..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *