Uncategorized

Hampir Makan Panadol

Assalamualaikum
Disebabkan kelupaan petang tadi, aku hampir sahaja makan panadol.Mungkin dah terbiasa bila sakit kepala panadol selalu jadi teman.
Memang orang kata, pengambilan panadol sangat sangatlah tak bagus..aku memang ada migrain sejak belajar lagi…so panadol dengan aku memang tak boleh nak dipisahkan.
Selepas kahwin dengan en.husband, dia memang tak amalkan makan panadol ni.Selalu dibuatkan air limau suam untuk aku..Aku ni bila sakit memanglah manja sikit..hehehe..
Selalunya en.husband akan urut di satu tempat yang aku rasakan memang takde kena mengena dengan sakit kepala aku…jenuh gak dok fighting dengan dia..Tapi satu je yang aku maklum, tentang urutan, tak semestinya bila kita sakit kepala, kita perlu urut kepala..of course kena cari urat yang menyebabkan kita sakit di bahagian tertentu..
Contohnya yang selalu en.husband buat bila isteri dia ni sakit kepala adalah urut bahagian atas bahu hingga ke hujung lengan serta bahagian dada..
Bila kena di tempat tertentu yang aku rasakan sakit, baru dia akan urut di tempat tu sehingga aku lega…tapi memang betul…lepas tu akan terasa lega..cuma wife dia je yang ego..hehehe..tak percaya..
Bila berbadan dua nie of courselah dilarang sama sekali untuk mengambil panadol kan,,
Apa yang harus aku buat????
Just letak minyak kapak di sekeliling kepala dan rehatkan badan..tu jelah.
Rasanya nak merehatkan badan sikit…

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

49 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *