INFO

Pendarahan ringan atau pendarahan faraj Semasa Hamil

Assalamualaikum
Kejadian malam tadi memang menakutkan aku… Sape yang tak risau bila tetiba pendarahan berlaku,,
Kalau boleh malam tu jugak nak pi klinik..Tapi positifkan diri supaya tidak terlalu panik.
Risau juga bila terdengar cerita tentang keguguran di trimester pertama.Yelah…bukan masa yang sedikit untuk aku tunggu berita yang menggembirakan ini.. Masa Disahkan hamil 6 minggu,Allah je yang tau perasaan aku dan en.Husband,..Sudah lebih 2 tahun kitorang tunggu,tapi belum juga rezeki berpihak pada kami..
Tapi bila dah dapat berita macam tu,Siapa yang tak gembira kan.. Sebab tu bila berlaku perkara perkara macam tu membuatkan hati nie tak senang…
Pepagi datang office cari info pasal nie…Dan aku rasa sedikit lega.
Nie aku share jugak info yang aku dah baca

Apa itu pendarahan ringan dan adakah ia normal?

Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj. Ia serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit. Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat. 

Adalah normal bagi anda merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama.

Anda lebih berkemungkinan untuk mengalami pendarahan ringan jika anda telah menjalani IVF atau rawatan lain yang serupa untuk membantu anda hamil. Ini mungkin disebabkan oleh cara bagaimana bayi anda disenyawakan. Dua embrio mungkin diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan.

Dalam kebanyakan kehamilan, pendarahan ringan tidak mendatangkan masalah dan dianggap sebagai “salah satu perkara biasa sahaja”. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Sebab itulah lebih baik bagi anda mengambil serius terhadap sebarang pendarahan semasa kehamilan dan mendapatkan pemeriksaan doktor. 

Sumber :sini

Tak sabar nak tunggu appointment dengan doktor pertengahan bulan nie…harap harap baby dalam keadaan yang sihat.Insyallah..Doakan ye…

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE