kisahsidairy.com,  percutian

Hari Terakhir Percutian Panjang

Assalamualaikum
Tajuk entry nie,bukan kerana aku sedang bercuti.tetapi pada mereka -mereka yang menghabiskan baki cuti tahunan..Mungkin masa nie masa yang sesuai untuk menhabiskan cuti tahun..Yelah Kadang-kadang tak boleh nak “Bring forward” cuti -cuti nie..jadi terpaksalah menghabiskan baki cuti tu..
Tapi bagi mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak,pastinya masa nie adalah masa yang sesuai untuk mempersiapkan kelengkapan sekolah anak-anak yang bakal tiba sikit hari lagi..Rasanya lagi seminggu je anak-anak nak naik sekolah..
Di mana-mana pergi pun ramai orang,macam semalam,walau ada yang cuti satu hari pun ,di kompleks membeli belah di penuhi orang ramai..Tempat yang paling ramai orang of course lah kedai-kedai atau pasaraya yang membekalkan alat keperluan sekolah kan..
Seronok juga tengok..Pelbagai ragam dan aksi kanak-kanak memilih baju,kasut dan beg sekolah mereka kan..Anak-anak yang dah ke sekolah menengah selalunya demanding sikit memilih dan membeli alatan sekolah mereka…Siapa setuju apa yang aku kata nie.Bercakap dari pengalaman….confirm la kan..
Percutian aku??? emmm…rasanya tak kemana…Cuti pun takde…mybe adalah dalam 1 je annual leave..Tu pun sekejap je dah habis…Biasalah,company nie…
Pada mereka yang sdang bercuti,selamat bercuti,yang bekerja selamat bekerja…Sejak dah berbadan dua nie,paling malas nak pi kerja…

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *