luahan hati

Menunggu Jawapan yang Tak pasti

Assalamualaikum
Alhamdulillah….kenyang sudah…baru hari nie keluar lunch…Selalunya jumaat baru dapat makan luar..hari biasa jarang nak keluar…hehehe…memang dah lama tak keluar pun..Aku pun tak pasti kenapa hari jumaat baru kitorang nie nak keluar makan..Padahal waktu rehat takde bezanya..Bezanya pada kaum adam jelah..
Mereka boleh masuk pukul 3 petang..Tapi..itupun kena tolak gaji..Siapa yang taknak kena tolak gaji,kenalah masuk seawal yang mungkin…
Walaupun hari nie kepala tingtong,aku gagahi jugak keluar sebab dari pagi memang tak makan,tipu….bukan tak makan terus,adalah makan biskut cecah air nescafe…Kira untuk alas perut je..Memang ikutkan hati tak nak keluar,Tapi dah lapar…Memang rasa macam tak confident nak drive,Tetapi ku gagahkan juga drive…Sebab ada officemate yang tak ikut..Tu yang kena drive..Yang sorang nie mmg ler tak boleh nak bawak  kereta…
Start tahun hadapan dah start cuti jumaat sabtu..Tapi itu hanyalah untuk orang gomen je..Tapi bukan orang swasta macam kami ni..Company nie mana nak ikut..Banyak sangat songeh dan alasan yang rasa tak boleh masuk akal..Tak tahulah macam mana kalau nak balik kampung nanti..En.Husband confirm lah ahad kena kerja..Berlainan cuti dengan wife nie memang lah susah kan..
Hari tu staff company aku minta jasa baik dari company menukar hari cuti kami pada hari sabtu dan Ahad.Maksudnya hari sabtu kami tak bekerja..Hari biasa di panjangkan lagi setengah jam untuk cover hari sabtu bercuti..Tapi macam tak confident je diorang akan terima…Hmmmmmmm…Payah la macam nie.
ihsan :google
Apa agaknya jawapan diorang pada permintaan kami tu yerk…Tengah menunggu dengan kesabaran nie..Rasa nak protes je ramai-ramai…Dah la takde kenaikan gaji tahun nie..Boss asyik tukar2 kereta jerk..
Kitorang nie nak tukar baju pun payah..
Menunggu jawapan yang tak pasti..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE