Uncategorized

Kebaikkan Buah Kembang Semangkuk

Assalamualaikum
Alhamdulillah…panas dalam badan nie berkurangan sedikit dari semalam..Sebenarnya badan ni dah tak sihat  rasanya dah 2-3 hari..Tapi  malas nak melayan sangat…Biasalah,kena hujan sikit pun dah boleh demam sekarang nie..
Hujan sekarang nie hujan berpenyakit,so elakkanlah dari terkena hujan..Selalunya anak-anak buah kalau balik kampung,kalau hujan,suka sangat bermain hujan.Sekarang nie,nenek diorang ni dah tak kasi nak mandi hujan..Kata nenek musim musim macam nie tak elok mandi hujan…Muka frust masing masing sebab tak dapat nak lepaskan hajat…hahaha…
Berbalik pula pada kebaikkan kembang semangkuk nie,kalau orang dulu-dulu mana ada panadol,solubel,ke air cap badak ke..ape 2 jenis ubatlah yang ada kat pasaran nie.
Untuk melegakan demam atau panas dalam adalah dengan menggunakan Buah kembang Semangkuk nie.
Buah Kembang Semangkuk nie berkhasiat untuk menyejukkan badan dan sekaligus menghindari deman panas..Haaaa…Complete kan..Kalau amalkan insyallah,redha lah demam tu..
Begitu juga en.husband yang tidak langsung menyukai panadol.Memang kalau boleh en.husband  tak kasi wife di menggunakan panadol untuk sakit kepala atau demam.Solution nya adalah dia rendamkan buah semangkuk nie + gula batu..Mula-mula memang tak suka…sbb takut juga pahit..Dah minum baru tau rasanya SEDAPPPP!!!..
tulah..tak cuba tak tahu kan..So badan rasa kurang sikit kepanasan globalnya…Kalau tak memang fikir nak mc je..
kembang semangkuk
Cara penyediaannya mudah je
Ambil 2-3 biji buah kembang semangkuk dan rendamkan dengan air masak..bukan air panas occay.
lepas tu campur dengan gula batu 2-3 ketul..ikutlah korang..tapi jangan manis sangat…buat rasa-rasa jek.Biarkan selama 4 jam.Dah nampak buah tu kembang macam kat bawah nie,dah boleh minum la..minum tak kisah bila bila pun boleh..Minum sehingga badan sejuk..
simber :sini sumber gambar : sini
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

40 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE