Nagging

Cerita Semalam

Assalamualaikum
Mood Bersedih lagi…Semalam dapat berita sepupu meninggal..Tapi sayangnya tak dapat nak menziarahi allahyarham..
Kesian kat anak-anaknya yang kini bergelar anak yatim piatu..Bagaimanalah keadaan mereka bila ketiadaan ibu dan bapa dalam kehidupan mereka yang masih kecil.
Bapanya meninggal kira-kira 4 tahun yang lalu akibat accident,kini ibunya pula pergi meninggalkan mereka kerana paru paru berair..Sedih hati bila membayangkan kehidupan mereka selepas ini..Harap mereka boleh terima kenyataannya.Aku tau sepupu2 yang lain boleh menjaga anak-anak itu dengan baik.Insyallah.
Semalam pun mood dah kelaut…Serba salah dibuatnya…Kalau ikutkan hati rasa nak terbang je kesana…Tapi apa kan daya,banyak faktor yang tidak membolehkan aku ke sana..
Moga Allah menempatkan Kak Milah di kalangan orang orang yang beriman dan solehah..Sempat juga jumpa arwah sebelum dia meninggal…Ikutkan Hari jumaat nie,adalah hari bertandang adik dia yang bongsu.Mungkin dia nak tengok adik dia yang bongsu tu kahwin..Nauzubillah…Kuasa Allah…
Setiap yang hidup pasti akan mati..Kita tak tahu bila pula turn kita untuk menghadap illahi..
Harap hari nie boleh menulis entry seperti biasa..Sebenarnya fikiran masih lagi kearah budak2 tu..Bagaimana mereka nak menghadapi semuanya tu..Budak kecil…apalah yang mereka tahu?

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *