Semasa

Azab 10 minit ditoreh suami

Assalamualaikum
Bagaimana agaknya kalau situasi ini berlaku pada aku atau wanita lain..Sedangkan tertoreh tangan sendiri dengan tidak sengaja pun dah sakit.Inikan pula orang menoreh dalam keadaan dipaksa macam tu.
ngilu seluruh badan membaca harian metro hari nie.Apalah dosa si isteri sehingga sanggup menoreh muka dan badan isteri denga pisau lipat tu kan..
Aku seperti merasai bagaimana peritnya dan azabnya apabila ditoreh sebegitu rupa.
Petikan harian Metro hari ini.
Seremban: “Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.
Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara. 
Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani. 

“Puas saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut saya,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui di wad sebuah hospital, di sini, semalam.
Foto

Nor Hafazalina

Menurutnya, dia meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di rumah ibunya di Ampangan, di sini.
Harap sang suami yang tak bertanggungjawab tu mendapat hukuman yang setimpal..kalau dah taknak,xpayah lah nak perlakukan sedemikian..
sumber sini :mymetro

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *