Semasa

Nabil Tukar Plat No keretanya Demi keselamatan

Assalamualaikum
Siapa tak kenal Nabil Ahmad kan?? .Pelawak dan pengacara asto Meletup tu.Dengar cerita nak tukar plat No keretannya atas tujuan keselamatan kerana  keretanya pernah di pecah baru baru ni.
from google
Bila memikirkan tentang keselamatan dia dan keluarganya,Nabil nekad untuk menukar no plat keretanya itu.
yelah siapa yang tak risau kan kalau kereta nya di pecah oleh penjenayah..mana tau yang buat tu orang yang tak berpuas hati dengan nabil..Mau di buat kedua kalinya..Sekarang nie pelbagai jenayah yang berlaku di negara kita nie…
Berita lanjut di sini
20 Nov – Pelawak terkenal Nabil Ahmad nekad untuk menukar nombor pendaftaran keretanya kerana khuatir bakal menjadi perhatian penjenayah susulan kenderaannya dipecah baru-baru ini.
Menurut pelawak dan pelakon popular itu, dia mengambil keputusan demikian selepas nombor pendaftaran kereta Mitshubishi Lancer miliknya itu mempunyai persamaanya dengan namanya.
“Ini merupakan pengalaman pertama apabila kereta saya dipecah dan ia membuatkan saya risau apa yang bakal terjadi pada masa depan jika penjenayah atau sesiapa sahaja mengetahui ia adalah kereta saya kerana nombor pendaftarannya,” katanya kepada mStar.
Tambah pelawak berusia 30 tahun itu lagi, hasrat untuk menukar nombor pendaftaran itu adalah demi menjaga dan melindungi keselamatan keluarganya.
Ketika kejadian Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad baru selesai menikmati makan malam bersama keluarga di restoran Sungai Buloh dan apabila hendak mengundurkan kereta dia menyedari cermin belakangnya pecah.
Pada masa sama, Nabil menasihati rakan artis walaupun mempunyai nombor pendaftaran yang unik dan glamor ia boleh mendatangkan bahaya kerana mudah untuk individu berniat jahat untuk melakukan jenayah.
“Saya nasihatkan buat para artis, walaupun seronok memiliki nombor pendaftaran seperti yang diinginkan, tetapi ia sebenarnya membahayakan. Lebih baik kita menggunakan nombor biasa sebagai langkah keselamatan.”
Dalam perkembangan lain, Nabil bakal menjadi hos pada malam Anugerah Industri Muzik edisi ke-20 (AIM 20 ) bergandingan dengan Dato’ Aznil Haji Nawawi yang akan berlangsung pada 14 Disember ini di Stadium Putra Bukit Jalil .
**Kalau dah rasa tak selamat baik tukar…Takut juga kejadian yang tak diingini berlaku..Harap lepas nie tak berlaku lagi perkara sebegitu pada nabil..Suka tengok isterinya yang cantik tu…
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE