INFO

Mengalami Angin dalam Perut Terlalu banyak

Assalamualaikum
Sejak dua menjak nie angin dalam perut nie makin menjadi-jadi..Ingatkan la pregnant…OOOpsss…Sebab dalam perut nie ada rasa benda bergerak-gerak..Kekdahnya…Rupanya yang bergerak gerak tu cumalah angin semata-mata.
Memang tak selesa bila dapat penyakit nie.Perut nampak buncit bagaikan orang mengandung 3 bulan.Lepas tu rasa tak selesa dan mual mual jugak..suspen je kan..Mulalah rasa nak marah marah ngan en.husband,nasib baik dia tu penyabar orangnya..
Masa kat Melaka pun keadaan macam makin teruk.So terpaksalah pergi jumpa doctor.Doctor kata angin gastrik..Kadang kadang nak buang angin pun payah..lagilah rasa tak selesa.Banyak kekdah yang aku google cari bagaimana nak hilangkan angin nie.
Apa yang aku dapati tension pun penyebab angin ni..Tension sangat ke..!!ohoo…Memang ada satu part yang memang betul-betul buat aku tension..Tapi biarlah rahsia…Aku tak tahu sampai bila..
Tak best la sekarang nie.Tension tak menentu,..Cepat naik angin..Bosan rasanya…
Aku ada baca juga petua untuk buang angin nie..
Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?

1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetengah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah melaui ujian yang boleh dilakukan sendiri.
sumber dari google
Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan
a. Kacang
b. Sayuran seperti brokoli
c. Kobis
d. Taugeh
e. Bawang
f. Asparagus
g. Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
h. Bijirin seperti roti gandum
i. Minuman ringan dan jus buah
j. Susu dan produk daripada susu dan keju

1. Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Kurangkan udara yang anda sedut.
4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.

Petua Tradisional Untuk Buang Angin Dalam Badan

1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.

4. Minum ramuan ini sebulan sekali
sumber dari sini
Harap dapat sembuh secepat mungkin..Kot la korang ada idea nak share ngan aku cara bagaimana nak hilangkan angin nie..komen la kat sini ye.
orang kata kalau banyak angin nie susah nak pregnant..Sob..sob…taknak la macam tu kan…Cuba untuk positifkan diri sekarang ni.
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE