INFO

Pentingnya Kalsium Pada Tubuh Kita

Assalamualaikum
kalsium
Korang tau apa itu Kalsium?
Kalsium itu adalah mineral yang paling banyak digunakan untuk tubuh badan manusia.
Orang dewasa memerlukan 800mg di atas 25 tahun dan 1000mg untuk 50 tahun keatas.Untuk ibu yang hamil ataupun menyusukan bayi memerlukan 1200mg sehari.Keperluan kalsium untuk remaja dan kanak-kanak mengikut usia seperti di bawah ini
  • Bayi berumur sd 5 bulan: 400 mg
  • Bayi 6 bulan sd 1 tahun: 600 mg
  • Anak usia 1 sd 10 tahun: 800 mg
  • Remaja usia 11 sd 24 tahun: 1,200 mg
Kalsium mempunyai banyak manfaat untuk tubuh badan kita,
> pembentukkan dan penyelenggaraan tulang dan gigi..
> Mencegah Osteoporosis
> Simpanan Glikogen
> Melancarkan fungsi otot dan sistem saraf

 Terlalu banyak kalsium boleh berbahaya bagi tubuh.

Tubuh tidak dapat menyerap kalsium bila tidak mempunyai cukup magnesium dan fosforus . Magnesium dan fosforus mengubah bentuk kalsium sehingga dapat diserap tubuh. Kalsium dan magnesium diedarkan oleh tubuh melalui albumin dalam darah. Terlalu banyak kalsium akan membuat magnesium terdesak dari albumin sehingga tidak tersalurkan lewat darah dan tubuh akan kekurangan magnesium. Bila tidak cukup mendapat magnesium, buah pinggang tidak dapat memproses kalsium sehingga dapat terjadi endapan batu buah pinggang . Selain fosforus dan magnesium, vitamin D, zinc dan zat besi juga diperlukan dalam pemprosesan kalsium dan boleh terdesak peranannya oleh kalsium yang berlebihan. Penggunaan kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc dan zat besi harus berimbang agar tubuh tetap sihat.
  • Minum berlebihan dan sukan berat boleh membuang banyak kalsium dan magnesium dari tubuh.Tambah penggunaan kalsium setelah bekerja dan berolah raga berat. Jangan minum berlebihan.
  • Kalsium biasanya tidak diperlukan  bila pengambilan harian anda cukup mengandung makanan yang kaya kalsium. Berikut adalah beberapa hidangan makanan dan kandungan kalsiumnya:
    • Susu satu cawan (350 mg)
    • Segelas jus oren (290 mg)
    • Satu kerat keju (200 – 250 mg)
    • Sepotong pizza (230 mg)
    • Sekaleng sardin (185 mg)
    • Setangkup ais krim (90 mg)
    • Secangkir brokoli (76 mg)
    • Sepotong besar tahu / tempe (258 mg)
** Selepas dari accident tu aku juga terpaksa minum susu hari-hari untuk menggantikan kembali kalsium yang banyak hilang tu..Lutut aku selepas eksiden dulu dah tak boleh nak naik tangga laju-laju macam dulu..Kena Take time  jugak..
kalsium
Hari dah lupa nak minum susu…Sorry En.Husband..Lupa dah nak minum pagi tadi..Aku tau En.husband aku akan membaca setiap entry dari isterinya..muahahaha….
Sumber :sini
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE