Uncategorized

Disebabkan Kemalangan Itu,Aku Terpaksa Memilih

Assalamualaikum
kalau korang masih ingat,ada entry nya disini,aku mendapat kemalangan di rumah ku sendiri..Oh tidak..tetiba sebak bila tengok gambar nie…Sejak dari kejadian itu, aku terpaksa memilih..
Sebak mengimbas kembali 2013
Korang tau apa yang aku sibuk nak memilih tu..Bukanlah memilih siapa-siapa pun..Cuma memilih tentang bab pemakaian kasut je..Sejak kemalangan tu jugak aku dah tak boleh nak bergaya menggunakan high heels..Nopppp..Kasut tu semua aku dah simpan dan separuh dari itu aku dah pun bersedekah.Alhamdulillah..dari kasut tu terperap kat dalam kotak baik aku bagi kat orang kan.
Bila dah tak boleh nak pakai high heels,of course aku kena cari kasut yang flat untuk keselesaan kaki aku tu.Yelah bila dah berlaku macam tu,mana nak cari kasut yang leper..Nak pergi ke mana-mana pun aku terpaksa pakai selipar jepun.hehehe..taklah jepun sangat kan…Nak pergi berjalan-jalan pun dah susah takde kasut yang flat..Takkanlah nak berkaki ayam pulak kan..walaupun kaki aku patah sebelah,sebelah lagi kaki mestilah nak pakai yang cantik jugak kan…hahaha..Ingat ko gorgeous sangat ker!! haha..
Hasil tangkapan google

Mana aku nak cari sedangkan aku hanya boleh duduk di kerusi roda…aiyyaakkkk….Nak harapkan en,husband cari kan..of course tak menepati citarasa aku kan…hehehe…
Hasil tangkapan google
Aku dah tunjukkan kasut nie pun dia ala-ala pening…Last-last adik aku yang perempuan yang tolong belikan..Tapi bukan macam dalam gambar nie..Beli mana yang sempat di rembat je.
Kalau aku tau,aku google je kasut nie..confirm banyak website yang menjual kasut seperti ini.Zalora Malaysia  pun ada jugak kan jual kasut macam nie..Nyesal deh….lupa pun ada…
Sampai la sekarang nie aku memang mencari kasut yang flat dan tidak bertumit untuk aku pakai..Al-maklumlah kaki dah tak sebaik macam dulu kan..
Kesian kan aku…dah tak boleh nak berlagak ala-ala model…

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *