Uncategorized

Love You Mr. Arrogant

Assalamualaikum
Confirm korang dah melekat tengok cerita nie kan.Love You Mr.Arrogant .Masa awal kemunculan cerita nie aku jarang sangat nak tengok..Bila dah banyak skip cerita nie,memanglah malas nak tengok cerita selanjutnya.
Tapi lately nie my MIL sibuk dok cerita tentang cerita nie..Aku pun dah syiokkk balik tengok cerita nie.Sampai ke En.Husband pun dah join sama..MIL biasalah,kalau dah tengok cerita,kalahkan pengarah pulak dok bercerita..muahahaha..
Sape yang tak pernah tengok cerita Love You Mr.Arrogant nie..cepat angkat tangan..Oh..NO!!..rugi hehehe..Maksud aku bukan rugi apa,cuma cerita tu  best..lagila diorang sekarang nie dah trend mengadaptasi novel ke drama..oklah tu…kira dah macam penghargaan pada novelis la kan..Mungkin dah basi dah untuk aku up entry nie..aku nak cerita benda yang aku minat…tak salahkan..hehehehe
So kalau korang rasa terlepas nak mengikuti cerita ni,baik korang google je..banyak blog yang sediakan download link cerita nie..
baca sikit sinopsis dari cerita nie…Aku minat si Zaara tu berlakon..
Love You Mr.Arrogant
Love You Mr.Arrogant
Sinopsis Love You Mr. Arrogant TV3. Zaara Amirah mempunyai impian yang sama seperti impian gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti…


Pelakon Love You Mr. Arrogant. Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham dan Zara Zya sebagai Zaara Amirah, Hanez Suraya, Keith Foo dan ramai lagi.

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *