Nagging

Ujian yang tidak disangka

Assalamualaikum
Al-fatihah untuk “Tok Long” yang menghembuskan Nafas yang terakhir pada hari ahad lepas..Baru dapat tau semalam…Moga Arwah ditempatkan di kalangan orag-orang yang beriman..Dipermudahkan urusannya di sana.insyallah..
Kakak ipar dimasukkan wad semalam kerana suspect denggi..Kesian anak-anaknya..Nasib baik abang aku boleh handle semua anak-anaknya…Semalam aku terpaksa balik awal sebab nak hantar adik balik ke madrasah .Mak terpaksa menghantar adik kerumah aku,sbb  mak nak berkumpul adik beradik di rumah Tokngah aku..Al-maklumlah arwah 2 tahun lepas selepas isterinya meninggal,dia balik ke terengganu.Kami mendengar dan membuat majlis tahlil dari sini sahaja..hanya anak-anak nya sahaja yang balik ke Terengganu.Jadi terpaksalah aku tolong menghantar adik..Takut pulak mak tergesa-gesa nak ke sana-sini…Lagi pun antara madrasah dan rumah aku tak lah jauh mana..
Semuanya berlaku dalam satu hari..Allah memberi ujian kerana dia ingin melihat berapa banyak ketabahan umatnya dalam menempuhi ujian..Allah takkan beri ujian yang tidak mampu ditanggung oleh umatnya..
Doakan kaka ipar aku cepat sembuh ye..Ingat hari nie nak kena balik awal lagi..Kesian anak-anaknya ..Biar ayah takde ,jangan ibu yang takde..Sebab kadang -kadang ibu boleh menjadi pengganti ayah,tetapi ayah sukar nak jadi pengganti ibu..
Harap semuanya dipermudahkan..insyallah..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *