salam jumaat,  tazkirah jumaat

Antara Manusia,Malaikat Dan Syaitan

Assalamualaikum

Jom baca kisahnya dibawah ni


Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ….
Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni…awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia – Nak makan, laparlah ??
Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah….
Syaitan – Ahh, tak payahla… dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan – Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat…..
Syaitan – Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia – Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan – Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia – Eh, eh…. tak boleh tengok ini, berdosa…
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan – Perggghh… best tu… . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..


Manusia – Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2… pandai2lah?


Manusia – aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… lagipun muda hanya sekali….rugila. …. (kalau sempatla)


Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ….
Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh?


Manusia – Uuhhh? letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu…
Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu….

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1  Anda – Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat – Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan – Tak payahlah sebuk² biar je disini..kalau boleh delete je.

syaitan
sumber : http://www.sinarraudah.com/

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *