Uncategorized

Jangan Di Buang…Sayang

Assalamualaikum
Bila dah lepas raya nie ,rasanya banyak makanan yang terbuang kan…contohnya nasi himpit…Kalau kat rumah aku confirm lauk habis dulu…Selallunya nasi himpit nie memang banyak terlebih..Kadang-kadang tu sampai dah 3-4 hari duduk dalam peti ais..Kekadang tu sampai nasi tu dah tak sedap..Last-last tong sampah juga habuannya..
ambil dari google
Daging???? confirm korang dapat berkilo2 daging kat rumah tu…Hari-harilah makan daging kan..Ingat!!!
Jangan hari hari makan daging..Daripada takde darah tinggi,ada pulak nanti…Lagi la daging baru..Memang cepat naik…Kaya la Klinik-klinik kat Malaysia ni kang.
Apa nak buat dengan nasi himpit tu kan??
Sure punya korang atau suri rumah dah tau apa nak buat kalau nasi himpit nie dah terlebih..
Yeaaa…Kita jadikan dia lontong goreng…
Mudah je rasanya buat lontong goreng..kenapa tetiba entry aku pasal nie??Sebab malam tadi,buka peti ais ,tengok ada lebihan nasi himpit sebuku dua..Berfikir untuk buat lontong goreng..En.Husband mesti suka…Mesti dia baca entry nie…Selamat pagi Yunk..hehehehe..Dia stalker aku paling cute..nanti aku cerita..heheh
As simple as that,ceh…cakap omputeh konon..
Cer tengok dalam peti ais korang ada tak bahan-bahan nie
Lobak(potong dadu atau panjang)ikut banyak mana lah yang korang nak letak)
Kacang panjang(hiris serong halus-halus sikit)
Telur(ikutlah banyak mana nasi himpit yang korang guna ye)
Lada Blender(nie sure ada dalam peti ais korang kan)
Daging(potong halus-halus)
Udang(kopek kulit occay)
Sos Tiram sikit
Caranya senang jerk..Campak-campak je 
1st of all..panaskan kuali.Masukkan lada blender,sos tiram dan masukkan daging,nampak masak sikit daging tu,korang masukklah garam secukup rasa..Pastu diikuti dengan sayur -sayur tadi dan juga udang…Last korang pecahkan telur dalam lontong tadi…bila agak-agak semua bahan-bahan tadi dan sebati dengan yang lain..
Korang boleh hidangkan terus…
macam nielah bentuknya lontong goreng tu..aku amik dari google
PIC????takde…henpon tak bawak…Pepagi tak nyempatnya nak snap gambar bagai…

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *