Uncategorized

Masih Mood Bercuti kah?

Assalamualaikum
Gerak dari rumah tadi rasa macam awal pulak..Sampai office 7.30 pagi..Oklah tu…Jalan pun masih lengang lagi nie..Mybe masih ramai yang menyambung cuti…Maklumlah,Semalam raya.
Bagaimana dengan hari raya korang.Berjalan dengan lancar?
Semalam  plan dengan adik beradik nak pi mandi laut…maklumlah cuti raya haji nie selalunya tak macam raya puasa sambutannya berbanding ada sesetengah negeri yang meriah bila sambut raya haji nie..
Di sebabkan semua setuju,kitorang berpakat untuk pergi bermandi manda..Pagi-pagi lagi dah bersiap segala macam makanan,Walaupun semua adik beradik yang tak ramai yang balik,ckuplah dengan 4 keluarga..Itu pun dah macam pesta..Pagi selasa tu memang hujan renyai-renyai…Dah budget memang tak boleh nak pergi laut.
Tapi mak kata pergi je…So kami pun pergi.Sampai ke laut,yeeeassssss..Hujan dah berhenti..Nasib baik ada tempat kosong…Rupanya ramai yang pergi laut..bhahaha….Dapat jugak kaki pangkin kat situ…
Memang pantang jumpa laut.lepas siap-siap kemas dan makan,anak beranak semua turun ke laut..Ombak kuat sikit..So tak berani nak gi jauh-jauh.Rugi tak dapat nak upload gambar..Tab tak bawak hari nie..
Kitorang balik dalam pukul 4 gitu…Tu pun semua dah tak larat dah…Bayangkan dari 10 pagi ..mana budak-budak tak penat..Sampai rumah semua dah terbongkang..Kepenatan mungkin….
Korang pulak macam mana??Pergi beraya ke mana? atau ada aktiviti korban di rumah korang,,,

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *