Ilmiah,  INFO,  Tips

Sakit menjelangnya menstruasi/Haid

Assalamualaikum
Para wanita diluar sana,Adakah korang mengalami sakit atau senggugut bila tibanya menstruasi atau haid
Adakah korang jugak seperti aku yang mengalami senggugut.
period pain
ihsan google
Selepas kawen nie senggugut aku makin menjadi-jadi..Kalau boleh nak terguling-guling je dekat atas katil.
Tapi aku malas layan sangat sebab kalau layan penyakit nie ,makin teruk pulak..Jumpa Doktor??? itu paling aku takut..Bukannya dulu aku tak pernah jumpa doktor..selalu sangat..maklumlah dulu ada pengalaman menjadi pesakit jantung berlubang..mesti korang tak tau kan..hehehe..malas cite.
Agak-agak ape korang lakukan bila berhadapan dengan perkara nie..Aku ada terbaca sedikit info tentang cara mengurangkan sakit semasa menstruasi.
ihsan google
caranya ialah
1)Teknik botol ajaib /tungku elektrik
-dulu aku pernah diajar untuk bertungku time period pain nie..Memang lega rasanya..Perut pun jadi hangat je..atau sekarang nie dah zaman serba canggih..ada tungku elektrik
 
ihsan google
2) Urutan
-Urutan juga boleh melegakan sakit.Berbaringlah dengan posisi kaki sedikit lebih tinggi (anda boleh meninggikannnya dengan bantal). Selepas itu, urut bahagian perut / abdomen secara perlahan.
3)Sukan/Riadah
-Wanita yang dalam keadaan senggugut pun boleh melakukan senaman dan beriadah..Dari situ kita boleh juga melegakan kesakitan dan melupakan kesakitan tu.Ia juga melancarkan aliran pada otot sekitar rahim
ihsan google
4) Ubat Tradisional
-Kalau cara kat atas nie tak berkesan jugak,mungkin korang perlu cuba perubatan tradisional pulak.
Mane tau berhasil..Tumbuhan berubat seperti daun dewa, mawar, siantan / soka, daun hia / baru cina, teki dan temu lawak, dipercayai mempunyai banyak khasiat. Diantaranya, mempunyai kesan analgetik (meredakan rasa sakit), melancarkan peredaran darah serta mencairkan bekuan darah.
ihsan google
5) Berjumpa Doktor
-Bila dah tak berjaya untuk menghilangkan period pain nie.Perlulah korang berjumpa dengan doktor..Adoyaii…bab nie aku takut..Kerana mungkin ianya berpunca dari hormon dalam badan kita,
 Selain gangguan utama, ada juga gangguan menengah. Gangguan menengah dialami oleh wanita yang biasanya tidak mengalami gangguan utama. Biasanya gangguan tersebut berhubungan dengan gangguan ginekologis seperti endometriosis, penyempitan serviks, malposisi uterus, penyakit radang pelvis maupun ketumbuhan di panggul. Oleh kerana itu, jika anda mengalami gangguan seperti ini, anda diharuskan berjumpa doktor pakar untuk merawat kesakitan anda.
6)Diet Sihat
-Bila bercerita pasal diet,mungkin korang ada yang tak suka kan..Perlunya kita memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak serta minum air kosong banyak-banyak.Cuba untuk mengesan makanan apa yang menjadi punca kesakitan tersebut..Mybe aku banyak makan mee kuning kot.
Makanan yang mengandungi banyak serat amat berguna dalam pembersihan estrogen yang berlebihan (yang boleh membawa kepada tempoh dan kekejangan yang lebih berat dan lebih menyakitkan)
ihsan google
7)Ambil Pil Tambahan kesihatan
Beberapa kajian menunjukkan bahawa Vitamin E, thiamine dan Omega-3 tambahan boleh mengurangkan rasa senggugut. [1] Zink dan kalsium telah didapati mengurangkan kekejangan, kembung dan PMS. [2] Kalsium dan magnesium mengurangkan kesakitan otot, tetapi perlu diambil untuk 2-3 bulan setiap hari sebelum mendapat kesan yang ketara.
macam xde kena mengena jerk..hihihi..ihsan google
8)Elakkan pengambilan kopi dan alkohol..
-Kopi dan alkohol boleh membuatkan perut korang kekejangan dan bertambah teruk.
***aku baru ambil coffea pagi tadi..patut sakit
ihsan google
Aku nak cuba untuk praktikkan dari no 1 dan seterusnya..Tapi bab jumpa doktor aku ulangi sekali lagi.aku takut…hadoiii..
info :sini

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *