Nagging

Sampai Office Awal Hari nie

Assalamualaikum
curik dari pakcik google
Alhamdulillah.sampai dengan selamatnya..Selalunya waktu sekarang nie aku dok redah jammed di satu tempat nie…Kalau ikutkan jarak antara rumah dan tempat kerja bukanlah jauh sangat..Rasa dalam 10 minit je dah boleh sampai tempat kerja..Tetapi disebabkan jammed setiap pagi dikawasan nie.Terpaksalah mengambil masa lebih setengah jam.
ihsan pakcik google
kalau dulu aku keluar rumah 7.20 pagi,sampai office mesti 2 minit sebelum pukul 8.Sekarang ni aku keluar awal sikit 7.10 pagi..At least taklah mengadap jammed sangat.
Tapi aku bersyukur sebab tidak bekerja di tengah-tengah bandar,yang mana bagi aku lebih teruk jammednya dari sini.Selalu aku dengar kekeluhan orang yang duduk di bandar nie.Walaupun jarak antara rumah mereka tidaklah berapa nak jauh,tapi keadaan jammed yang teruk,mereka terpaksa bangun awal dan keluar seawal mungkin.Maknanya aku perlu lebih bersyukur kerana aku tidaklah seteruk mereka,,
Sampai di office selalunya aku akan breakfast dulu,tu pun kalau sampai awal..update blog,cari idea untuk buat entry.sebelum tu aku akan kemaskan meja aku nie..Biasanya bila pagi aku sampai mesti berserabut meja nie..Ada yang dok menumpang di meja nie lepas aku balik…Part nie malas nak cerita.
oklah sambung nak breakfast kejap sebelum loceng berbunyi..sat lagi kayu nampak aku berblog,ada kang yang tak puas hati..rehat nanti boleh sambung blogwalking..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *