INFO

Kelebihan Teh Hijau

Assalamualaikum
Bermula dari aku terbaca entry salah seorang blogger ni tentang teh hijau 2-3 minggu lepas agaknya..
Green Tea
Dari situ aku dah berangan-angan untuk membeli teh hijau kerana khasiatnya yang boleh mengurangkan kolestrol..
Dahpun 3 hari mencubanya.Alhamdulillah…bila minum teh nie,akan terkeluarlah segala jenis angin dalam badan..Al-maklumlah,memang sejak kahwin,badan memang banyak angin..tak taulah kenapa.Mybe perubahan hormon kot..hehehe..
Lagi satu sumber yang aku perolehi,kalau badan atau perut banyak angin,amat payah nak mengandung..Aku berserah jer.Taknak sentuh topik tu,takut malam nanti En.husband jadi pendengar setia rintihan aku nih…Sedih-sedih dah takmo..nak jadi wanita kuat untuk hadapi kenyataan,,uhukk…..
Antara kelebihan Teh hijau nie
-Mengurangkan berat badan.Teh hijau juga boleh meningkatkan metabolisma badan.Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat ‘memproses’ lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori. 
Teh hijau juga membantu kadar glukosa  dan mengelakkan peningkatan gula dalam badan..Amat sesuai bagi yang menghidap penyakit diabetis.
Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akanmengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan minum teh hijau nie..
korang boleh search or cari kat sini
Cuma aku berminat dengan perkataan mengurangkan kolestrol nie jerk..orang kurus pun boleh ada kolestrol tau..Inikan pulak yang beratnya 62kg…Macam mana nak hilangkan lemak kat perut nie…rasa nak potong2 je lemak nie buat sup..
Jom minum Dulu..Kurangkan manis dalam minuman,perbanyakkan manis dengan senyuman ok…tetibe jerk..
Green Tea
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE