FAMILY

Penceraian : Perlukah ianya berlaku

Assalamualaikum
Apa itu Penceraian
Dalam syariah cerai atau talak adalah melepaskan ikatan perkawinan (Arab, اسم لحل قيد النكاح) atau putusnya hubungan perkawinan antara suami dan istri dalam waktu tertentu atau selamanya.

DALIL DASAR HUKUM PERCERAIAN TALAK

– QS Al-Baqarah 2:229

الطَّلاقُ مَرَّتَانِ فَإِمْزَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ وَلا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّا آتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئاً إِلاّض أَنْ يَخَافَا أَلاَّ يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلا تَعْتَدُوهَا وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ


Artinya: Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu khawatir bahwa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim.

Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan cara talakfasakh dan khuluk atau tebus talak.
Entry ini tidak ada kena mengena dalam hubungan aku suami isteri.Mintak dijauhkan sekali..Ia terjadi kepada seseorang yang sangat akrab dengan aku..hari ni dia akan memfailkan cerai di mahkamah…Memang aku tidak setuju dengan rancangan nya itu..Tapi aku hanya boleh menasihati mereka.untuk masuk campur urusan mereka,mungkin tidak..Aku berharap agar keputusan yang dibuat mereka itu tidak mengecewakan.
Bila didalam perkahwinan tidak boleh lagi untuk bertolak ansur.keegoan masing-masing dipertahankan,maka berlakulah penceraian..
Moga selepas ini,mereka bijak untuk mengatur tentang kehidupan masing-masing agar tidak memberi efek kepada anak mereka..
Aku terbaca entry tentang 7 faktor kegagalan rumahtangga..
Kegagalan Memikul Tanggungjawab
Sama ada suami atau isteri, masing-masing mempunyai tanggungjawab bersama dan perlukan persefahaman. Jangan mempertikaikan tanggungjawab pasangan kerana setiap manusia mempunyai kekurangan diri masing-masing. Eloklah memperbaik diri dan memandang ke arah lebih positif. Namun tidak salah mengambil kira nilai negatif agar ada perubahan yang lebih baik.
2. Asas Agama Yang Rendah
Salah satunya ialah tahap kesabaran dan iman yang kuat. Pasangan perlu mempunyai pegangan agama yang tinggi. Hal ini berlaku kerana asas agama yang rendah boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat. Ia sekaligus dapat dipengaruhi oleh hasutan yang bakal meruntuhkan rumahtangga.
3. Campur Tangan Pihak Ketiga
Masalah akan menjadi bertambah rumit jika ada campur tangan daripada pihak ketiga. Tidak kiralah daripada sebelah pihak lelaki atau perempuan. Di sini suami perlu bijak mempertahankan hak rumahtangga agar tiada sesiapa berani mengeruhkan lagi keadaan.
4. Perbezaan Budaya
Ini terjadi kepada pasangan yang berbeza budaya dan agama. Pasangan sukar menerima perubahan yang mendadak terhadap rutin harian ke atas dirinya. Ia sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada individu yang mengalaminya. Tambahan pula kurang sokongan mental daripada pasangan.
5. Masalah Seksual
Mempunyai masalah terhadap hubungan intim antara suami dan isteri. Gangguan persekitaran atau ada masalah kesihatan yang boleh mengganggu keinginan untuk bersama pasangan. Pasangan perlu bersikap terbuka dalam membincangkan masalah seksual yang dialami. Sekali-sekala luangkan masa dan jauhkan daripada sebarang gangguan untuk menikmati masa bersama yang berkualiti.
6. Kewangan
Sumber kewangan yang kukuh boleh mempengaruhi kesejahteraan hidup berumahtangga. Menghadapi masalah kewangan juga boleh menjadi punca penceraian kerana pasangan tidak mampu menanggung perbelanjaan keluarga. Ini biasanya dialami oleh suami yang tidak dapat menyediakan segala keperluan serta perbelanjaan yang secukupnya. Kemungkinan berlaku jika suami tidak bekerja atau berpendapatan kurang daripada isteri.
7. Kerjaya
Perbezaan bidang kerja antara suami dan isteri dapat menjarakkan hubungan. Kesibukan dengan tugas masing-masing membataskan kemesraan antara pasangan. Kemungkinan juga suami tidak memahami bidang tugasan si isteri begitu juga sebaliknya. Pertikaian sering berlaku kerana rasa tidak puas hati dengan pasangan masing-masing.
credit : sini
** apa pun aku harap mereka melakukan yang terbaik untuk masa depan mereka..Aku hanya mampu berdoa moga mereka bahagia dengan kehidupan masing-masing…Semuanya adalah ketentuan Allah..

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE