Nagging

Semalam Tanpa Entry

Assalamualaikum
Semalam begitu sibuk hinggakan tak sempat nak buat entry..
Dari pukul 6 pagi aku terima emergency call dari ibu yang mengatakan adik sakit di madrasah..
Sebenarnya adik aku tu sakit buah pinggang dari kecil lagi..Sentiasa keluar masuk hospital..Sampai la dia dah besar nie,masih lagi berulang alik hospital..sekarang nie dia dah berumur 17 tahun..Memang setiap kali dengar dia sakit,kami adik beradik,sekeluarga memang gelisah sangat-sangat..Dulu pernah dia sakit sehinggakan doktor mengatakan yang dia  50-50 untuk hidup..Dan dia pernah beberapa kali pengsan di rumah..itu yang membuatkan kami adik beradik cukup risau..
memang kami sayang sangat kat dia…memang setiap kali balik ke kampung,kami adik beradik,suka berkumpul dan sama-sama masak lauk kegemarannya.Sungguh pun dia sakit,tapi dia kuat makan dan suka sangat makan masakan kakak2 nya…Bila tak tahu menu apa yang akan dimasak,orang pertama yang akan kami tanya,adalah dia..selalunya kami masak apa yang dia nak makan…Cuma makanan yang di masak untuk dia taklah terlalu masin…Tapi kadang kala.semua dia belasah..
Syukurnya,dia belum tahap dialisis lagi..Moga tak sampai ke situ..Buat masa nie kalau dia sakit,dia akan cramp di kaki dan juga tangan,dari bahagian pinggang ke ibu jari kaki,…Dan pada bahagian muka dan mata akan menjadi sembab dan bengkak…mybe sesiapa yang ada pengalaman melihat orang saki buah pinggang nie tahu..
Memang dah lama jugak la dia tak kena penyakitnya tu,Aku rasa ada dekat 2 tahun..Tiba-tiba dapat call dari mak,sruh amik adik aku di asramanya.ingat semalam nak halfday jerk..tapi pagi-pagi lagi aku dah tak senang nak duduk..Terus call mak,bgtau sruh siap-siap..nasib baik en.husband faham..Dia bagi keizinan untuk keluar hari nie..Aku siap-siap balik ke kampung,ambil mak dan terus ke asrama adik..
sampai disana,tengok keadaan dia terbaring je.Tak boleh nak gerak sebab dia cramp dari pinggang ke kaki…nasib baik abang sulung aku ikut,so dia angkat dan bawa balik ke kampung..
Berkejaran aku kesana-sini semalam.Balik rumah pun dah malam…Moga dia cepat sembuh..
saje nak share ngan korang jerk..
hari nie dah boleh blogwalking….salam jumaat semua..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE