Uncategorized

Silaturrahim perlu untuk kita kekalkan

Assalamualaikum
Kehidupan disekeliling kita mempunyai satu silaturahim yang mungkin tidak akan terpisah dan mungkin juga akan terpisah dek kerana sesuatu sebab.
Apakah itu Silaturrahim
Shilaturrahim diambil dari kata-kata shilah dan rahim. Shilah berarti menyambung sedangkan rahim atau rahm adalah kekerabatan atau sebab-sebabnya
(Mu’jam Wasith 1/335; melalui perantaraan website ustadz aris).
Berkata Syaikh Muhammad bin Shalih ibnul ‘Utsaimin:
(Kekerabatan) yang dimaksud, yaitu KELUARGA itu sendiri, seperti ibu, bapak, anak lelaki, anak perempuan ataupun orang-orang yang mempunyai hubungan darah dari orang-orang sebelum bapaknya atau ibunya. Inilah yang disebut arham atau ansab. Adapun kerabat dari suami atau istri, mereka adalah para ipar, tidak memiliki hubungan rahim ataupun nasab.
(ad-Dhiyâ-ul Lâmi’ (505-508); melalui perantaraan almanhaj.or.id)
tangan
Aku amat berharap agar silaturrahim antara aku dengan adik beradik,ipar duai,saudara mara kawan-kawan di alam nyata atau di alam maya sentiasa dan akan berterusan hingga ke Jannah.
Aku akui aku pernah tidak bertegur dengan adik ipar aku sehingga ke hari nie,mungkin atas sebab sebab tertentu…Tapi aku sentiasa berdoa agar hubungan kami nanti baik seperti dahulu.Sebab apa aku tidak sebulu dengan dia,biarlah rahsia..hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..Tapi bila kenangkan adik yang membesar bersama,dan duduk tidaklah sejauh mana,melebihkan perasaan sebelah pihak,kami rasa tidak adil..Anak pun tidak kenal mana satu makcik,pakcik,nenek,atuk dan sepupu..Aku sentiasa berdoa agar mereka terbuka hati untuk berubah..Insyallah..Bukanlah hendak menceritakan tentang perkara yang terlalu peribadi tentang aku,tapi aku terfikir,begitu mudah mereka memutuskan tali silaturrahim antara ahli keluarga.kan ke Air dicincang tidak akan putus??

Moga Allah kuatkan iman dan taqwa kami ke jalan yang Diredhai..Dilimpahi dengan rezeki yang halal,Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.memberi NUR kepada kami sekeluarga,.Insyallah..

Sedarkah dia betapa ibu dan ayah merindui mereka,sebagai ibu bapa,mungkinlah mereka marah dan rasa tak mahu nak berjumpa dengan anak2 mereka yang tleah membelakangkan keluarga..Tapi sejauh manalah marah ibu dan ayah pada anak yang mereka jaga dari kecil kan..Wallahualam..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *